11

Kuala Lumpur – Industri perfileman tempatan bakal menyaksikan kemunculan sebuah naskhah luar biasa apabila filem MIKAEL, diperkenalkan secara rasmi menerusi pandang pertama eksklusif hari ini.

Menggabungkan elemen kepolisan, mitologi jin Nusantara dan komedi gelap dalam satu pengalaman sinematik berskala besar, MIKAEL tampil sebagai filem pertama seumpamanya di Malaysia yang mengangkat watak polis sebagai pemburu jin dalam dunia moden. Diarahkan oleh Zahir Omar dan ditulis oleh June Tan, MIKAEL diterbitkan oleh ACT 2 Pictures Sdn. Bhd., serta dipersembahkan oleh gabungan penerbit terkemuka termasuk Golden Screen Cinemas Sdn. Bhd., Astro Shaw Sdn. Bhd., Katalyst Connections Sdn. Bhd. dan SunStrong Entertainment. Filem ini turut menerima sokongan daripada Kementerian Komunikasi dan Digital serta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), dengan Alicafé tampil sebagai Penaja minuman rasmi.


JIN, MITOLOGI TEMPATAN DALAM SKALA SINEMATIK
Walaupun kepercayaan terhadap jin sudah lama berakar dalam budaya dan masyarakat Nusantara, ia jarang diterokai secara serius dan berani dalam sinema komersial tempatan. MIKAEL membuka dimensi baharu dengan membina sebuah dunia di mana jin bukan sekadar unsur seram, tetapi sebahagian daripada konflik kosmik yang mengancam keseimbangan dunia manusia. Filem ini mengadun mitologi tempatan dengan naratif moden, mencipta pengalaman aksi-supernatural yang segar, menghiburkan dan relevan untuk penonton masa kini.

SINOPSIS
Apabila satu pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan berlaku semasa majlis perkahwinan di sebuah pekan kecil, Mikael dipanggil untuk menyiasat kes tersebut. Siasatan itu membawa kepada penemuan sebuah nubuatan purba yang sedang menjadi kenyataan: Raja Jin bakal menawan dunia manusia melalui kejatuhan tujuh pelindung.

Dalam perlumbaan melawan masa, Mikael perlu mencari sebuah artifak kuno yang mampu menghalang Raja Jin daripada menyeberang ke alam manusia. Dibantu oleh sekumpulan rakan yang tidak disangka, Winston, penjual ramuan sihir hitam yang eksentrik; Sarjan Kok, anggota polis muda yang janggal tetapi bercita-cita tinggi; dan Aisyah, pencuri licik artefak ghaib, Mikael berdepan pertempuran terakhir yang akan menentukan nasib dunia.

Antara entiti jin yang muncul dalam filem MIKAEL.

Datuk Remy Ishak Sebagai Polis & Pemburu jin Pengarah Zahir Omar menjelaskan visi di sebalik pembikinan MIKAEL: “Filem aksi-thriller kami, MIKAEL, menampilkan alam di mana manusia dan jin wujud bersama dan sering berantakan. Disuntik dengan elemen kepercayaan tempatan, amalan ilmu hitam serta jenama humor pantas kami tersendiri, MIKAEL menjanjikan pengalaman yang mengujakan, menghiburkan dan penuh adrenalin kepada penonton sambil memperkenalkan seorang wira yang mempunyai keupayaan untuk menghantar jin kembali ke alam asal mereka.” Pengarah, Zahir Omar

BARISAN PELAKON
Selain Datuk Remy Ishak, MIKAEL turut dibintangi oleh:
● Norreen Iman sebagai Winston
● Fabian Loo sebagai Sarjan Kok
● Alicia Amin sebagai Aisyah
● Ahirine Ahirudin sebagai Khatijah / Atnak
● Megat Sharizal sebagai Penghulu Qabil
● Anas Ridzuan sebagai Dr Zaid
● Amir Nafis sebagai Torsim


Maklumat lanjut mengenai tarikh tayangan dan kandungan promosi seterusnya akan diumumkan tidak lama lagi.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading