Kuala Lumpur – MR D.I.Y. Malaysia menyambut Tahun Baru Cina 2026 dengan pelancaran filem web perayaan terbaharu berjudul The Family Trial 2: Storm of Reunion, sebuah kisah ringan namun menyentuh hati yang mengisahkan keluarga, perdamaian serta pengorbanan yang mengukuhkan ikatan kekeluargaan.
Dibintangi pelakon terkenal TVB Hong Kong yang telah memenangi pelbagai anugerah, Kenneth Ma Kwok-ming, filem web berdurasi kira-kira sepuluh minit ini merupakan kesinambungan kepada filem web MR D.I.Y. yang menerima sambutan hangat pada tahun 2025 iaitu The Family Trial. Filem ini meneruskan tradisi penceritaan MR D.I.Y. tentang perayaan yang mencerminkan realiti kehidupan seharian keluarga di Malaysia.
Berlatarbelakangkan sebuah mahkamah purba yang unik dan diilhamkan daripada watak legenda Justice Pao, The Family Trial 2: Storm of Reunion bermula dengan pertikaian dramatik antara dua beradik yang dibawa ke “mahkamah”. Melalui jenaka dan hujah yang menghiburkan, filem ini menarik penonton ke dalam konflik keluarga yang sering berlaku, dan disampaikan menerusi pendekatan yang santai namun berisi elemen budaya.

Semasa perbicaraan berlangsung, penceritaan beralih ke latar masa kini, mendedahkan kebenaran yang tersembunyi di sebalik tuduhan yang dilemparkan. Salah faham yang terpendam sekian lama akhirnya terungkai, apabila kedua-dua beradik menyedari kasih sayang yang tidak terucap, keprihatinan serta pengorbanan peribadi yang telah dilakukan masing-masing selama ini. Apa yang bermula sebagai konfrontasi akhirnya bertukar menjadi kefahaman, kemaafan dan pertemuan penuh emosi – satu peringatan tentang pentingnya empati, komunikasi dan ikatan kekeluargaan, terutamanya di musim perayaan.

Alex Goh, Naib Presiden Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y. (M) Berhad berkata, “Tahun Baru Cina merupakan masa untuk berkumpul bersama keluarga, mengeratkan hubungan dan saling menghargai. The Family Trial 2: Storm of Reunion mencerminkan detik-detik kecil namun bermakna yang membentuk hubungan kekeluargaan. Melalui penceritaan yang lucu dan menyentuh perasaan, kami berharap dapat mengingatkan rakyat Malaysia bahawa kasih sayang, kefahaman dan kebersamaan adalah perkara yang paling penting.”
Dengan gabungan elemen jenaka, nostalgia dan emosi yang mendalam, The Family Trial 2: Storm of Reunion merangkumkan semangat Tahun Baru Cina sambil mengukuhkan komitmen MR D.I.Y. Malaysia untuk kekal dekat dengan kehidupan seharian rakyat Malaysia. Filem ini mengajak penonton menilai semula hubungan kekeluargaan masing-masing dan menghargai saat-saat bersama dalam menyambut kedatangan Tahun Kuda.
Filem web ini kini boleh ditonton menerusi saluran media sosial rasmi MR D.I.Y. Malaysia sebagai sebahagian daripada kempen Tahun Baru Cina 2026. Sejak peluncurannya, filem tersebut telah menerima sambutan yang amat menggalakkan dengan lebih 5 juta tontonan merentasi saluran media sosial jenama tersebut dalam tempoh kurang daripada 3 hari.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web MR D.I.Y Malaysia atau ikuti jenama tersebut di Facebook, Instagram, TikTok, XiaoHongShu, X dan YouTube.
