unnamed (6)

Kuala Lumpur – Syarikat ekosistem peranti AI terkemuka global HONOR, mengumumkan pelancaran jualan HONOR 600 Lite di Malaysia hari ini. Berharga RM1,399, peranti ini menetapkan petanda aras baharu dalam segmen telefon pintar berharga RM1,400 dengan gabungan RAM 24GB dan storan 256GB, kamera ultra-jelas 108MP, serta bateri besar 6,520mAh. Semua ini dalam reka bentuk premium yang diinspirasikan iPhone. 

Direka bagi pengguna yang mahukan prestasi serius tanpa bajet yang membebankan, HONOR 600 Lite menawarkan pengalaman multitugas yang lancar, kapasiti storan yang luas serta kuasa tahan lama untuk kegunaan harian seperti permainan mudah alih, penstriman dan penghasilan kandungan.

Reka Bentuk Premium dengan Metal Unibody Inspirasi iPhone 

HONOR 600 Lite menyerlah dari segi visual menerusi seni bina kamera segi tiga yang lebih kemas dan rekaan bingkai rata yang anggun, seakan gaya telefon pintar perdana. Binaan metal unibody telefon ini meningkatkan ketahanan struktur sambil memberikan rasa yang kukuh dan premium di tangan. Bezel ultra-nipis pula mempertingkatkan pengalaman paparan, menghasilkan estetika moden berkelas tinggi yang jarang dilihat dalam segmen ini.

Ciri AI Generasi Baharu dan Alat Suntingan Fotografi AI 

Dikuasakan oleh MagicOS 10 terkini berasaskan Android 16, HONOR 600 Lite menawarkan rangkaian keupayaan AI generasi baharu untuk meningkatkan produktiviti seharian dan penghasilan kandungan:

  • Butang AI (AI Button): Lancar aplikasi kamera dengan pantas termasuk akses segera kepada AI Memories, AI Screen Suggestions, HONOR AI, AI Settings Agent dan Google Lens. 
  • Ciri Bantuan Tugasan Pintar (Smart Task Assistance): Membantu pengguna menyusun foto, mengenal pasti objek, mengekstrak teks dan mengurus tetapan peranti dengan lebih cekap.
  • Kamera Utama 108MP dengan apertur f/1.75 menghasilkan gambar yang sangat tajam dan beresolusi tinggi walaupun dalam keadaan cahaya malap. 
  • Alat Suntingan AI Terbina Dalam: AI Eraser, AI Upscale, AI Cutout dan AI Outpainting membolehkan penambahbaikan foto dilakukan dengan lancar terus melalui peranti. 

Fungsi-fungsi pintar ini turut terdapat pada peranti perdana HONOR, memudahkan pengguna mengurus dan menyusun kandungan, mencari maklumat dengan pantas, serta menyelesaikan tugasan rutin dengan lebih cekap, semuanya dengan usaha yang minimum.

Paparan Imersif dengan Perlindungan Mata 

HONOR 600 Lite menampilkan paparan AMOLED 1.5K yang menghasilkan visual FHD+ yang tajam serta warna yang lebih hidup untuk pengalaman tontonan lebih memukau. Sesi penggunaan yang panjang juga menjadi lebih selesa dengan teknologi penjagaan mata termaju:

  • Pemalapan PWM 3840 Hz mengurangkan kerlipan skrin.
  • Pemalapan Dinamik melaras kecerahan secara automatik untuk mengurangkan ketidakselesaan mata.
  • Keselesaan Mata (Eye Comfort) menapis cahaya biru.

Pengguna tiada masalah apabila menstrim, bermain permainan mudah alih atau melayari media sosial untuk tempoh yang panjang.  Paparan peranti ini menyeimbangkan pengalaman yang lebih imersif sambil membantu melindungi mata pengguna.

Bateri Lebih Besar, Prestasi Lebih Lancar

Dikuasakan oleh pemproses MediaTek Dimensity 7100 Elite, HONOR 600 Lite menawarkan pengalaman multitugas yang lancar, prestasi aplikasi pantas dan responsif, serta sambungan berkelajuan tinggi untuk kegunaan harian. Sama ada bermain permainan mudah alih, penstriman, atau bertukar antara aplikasi, peranti ini mampu mengendalikan tugasan yang lebih mencabar dengan mudah.

Bateri berkapasiti besar 6,520 mAh pula membolehkan penggunaan berpanjangan untuk sehari atau lebih, menyokong penstriman video, pelayaran media sosial dan permainan mudah alih untuk tempoh lama. Apabila tiba masa untuk mengecas semula, HONOR SuperCharge berwayar 45W memulihkan kuasa dengan pantas, memastikan pengguna kekal terhubung dan produktif tanpa gangguan berpanjangan.

Ketahanan Dipertingkat untuk Keyakinan Harian

Ketahanan peranti ini dipertingkat dengan rintangan air dan habuk IP66, memberikan perlindungan yang lebih kukuh daripada tumpahan, percikan dan pendedahan persekitaran. Peranti ini juga menerima pensijilan SGS 5-Star Drop Resistance, sekaligus memberi pengguna ketenangan minda untuk penggunaan harian.

Nikmati Rebat Segera RM100 Sekarang!

Beli HONOR 600 Lite sekarang untuk menikmati pakej hadiah percuma yang merangkumi rebat segera RM100, sah semasa pembayaran dibuat dan untuk tempoh terhad, serta Waranti Lanjutan 1+1 Tahun bernilai RM99. HONOR 600 Lite ditawarkan dalam pilihan warna Desert Gold dan Velvet Grey. Telefon pintar ini boleh dibeli di kedai HONOR Experience Store seluruh negara, kedai rasmi HONOR di Shopee, Lazada dan TikTok, serta melalui rakan telco terpilih.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading