WhatsApp Image 2026-03-08 at 13.45.44

Shah Alam – Syarikat pendidikan Aster Edu mencatat satu lagi pencapaian penting apabila menandatangani perjanjian kerjasama dengan 15 usahawan pendidikan yang akan membuka cawangan pusat tuisyen Aster Edu di beberapa lokasi di seluruh Malaysia.

Kesemua mereka merupakan kumpulan perintis pertama yang menyertai Program Pelesenan Aster Edu, iaitu model kerjasama yang membolehkan usahawan mengendalikan pusat tuisyen menggunakan sistem, modul pembelajaran dan tenaga pengajar yang disediakan oleh Aster Edu.

Pengasas Aster Edu, Rafat Wajdy Muhammad berkata program tersebut diperkenalkan bagi membantu lebih ramai pelajar mendapatkan akses kepada pendidikan berkualiti melalui sistem pembelajaran yang lebih tersusun dan profesional.

Menurut beliau, salah satu keunikan yang membezakan Aster Edu daripada pusat tuisyen lain ialah pendekatan “2 Guru dalam 1 Kelas”, di mana seorang guru memberi pengajaran manakala seorang lagi membantu pelajar secara langsung dengan menjawab soalan sepanjang sesi pembelajaran.

Beliau menjelaskan bahawa model ini direka supaya pelajar bukan sekadar mendengar penerangan guru, tetapi juga boleh mendapatkan bantuan segera apabila menghadapi kesukaran memahami sesuatu topik.

Rafat turut memaklumkan bahawa sambutan terhadap program Aster Edu semakin memberangsangkan, dengan lebih 12,000 pelajar telah mendaftar bagi program peringkat sekolah menengah, manakala lebih 10,000 pelajar mengikuti program bagi peringkat sekolah rendah.

Jelasnya, dengan penurunan yuran sebanyak 40% diharap dapat memberi lebih peluang kepada para ibu bapa mendaftarkan anak-anak menyertai program di Aster Edu ini.

“Kita meletakkan sasaran pertambahan seramai 100,000 orang pelajar yang mendaftar dengan kami sepanjang tahun ini, dan ia dapat dicapai dengan bantuan para usahawan dibawah program perlesenan kami.

“Kami juga berharap dapat melahirkan pelajar pintar setanding para pelajar MRSM” tambahnya.

Menurutnya lagi, sistem pembelajaran yang diperkenalkan oleh Aster Edu telah terbukti berjaya dan melahirkan ramai pelajar cemerlang sepanjang 10 tahun penubuhannya.

“Tahun ini juga menandakan ulang tahun ke-10 Aster Edu, dan program pelesenan khas ini diperkenalkan untuk tutor di Lembah Klang,” katanya.

Selain itu, Aster Edu turut menampilkan barisan tenaga pengajar pakar dalam bidang masing-masing termasuk pendidik terkenal seperti Dr Shukri Abdullah, Cikgu Shahrin Zikri, Cikgu Rajaei dan Ticer Liya.

Program tuisyen ini terbuka kepada pelajar dari Tahun 4 hingga Tingkatan 5, dengan yuran bermula serendah RM89 sebulan untuk empat subjek, menjadikannya antara program tuisyen berkualiti yang lebih mampu milik di Malaysia.

Tambah Rafat, sambutan terhadap program pelesenan ini sangat menggalakkan dan syarikat menjangkakan lebih ramai usahawan pendidikan akan menyertai rangkaian Aster Edu dalam masa terdekat.

Beliau turut menyatakan bahawa 15 usahawan tersebut merupakan kumpulan pertama yang akan membuka cawangan Aster Edu, dan syarikat menyasarkan sehingga 1,000 cawangan ditubuhkan bagi memenuhi permintaan ibu bapa terhadap program tuisyen berkualiti, khususnya dalam talian.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading