Dapatkan HONOR 600 Lite PERCUMA dengan Pelan Pascabayar Terpilih

Kuala Lumpur – HONOR 600 Lite telah memulakan pelancaran jualannya dengan kejayaan. Menggabungkan reka bentuk premium dengan RAM besar 24GB, storan 256GB dan bateri besar 6520mAh, telefon pintar ini menawarkan nilai setaraf telefon flagship pada harga RM1,399. Selain melalui saluran rasmi HONOR, HONOR 600 Lite juga boleh didapati melalui syarikat telco terpilih dan malah ditawarkan SECARA PERCUMA dengan Maxis dan U Mobile!

Di bawah ialah pakej pascabayar yang ditawarkan oleh Maxis, redONE mobile, U Mobile dan Yes untuk HONOR 600 Lite.

Bawa pulang HONOR 600 Lite SECARA PERCUMA bersama Maxis!

Dapatkan HONOR 600 Lite secara PERCUMA dengan pelan Maxis Postpaid 139! Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran hebat ini, lawati laman web Maxis di www.maxis.com.my.

Miliki HONOR 600 Lite pada harga RM350 dengan redONE mobile

Pelanggan redONE mobile boleh membeli HONOR 600 Lite pada harga RM450 apabila melanggan pelan pascabayar DevicePRO 68. Untuk maklumat lanjut, lawati laman web redONE mobile di https://www.redonemobile.com.my/en/device-bundle/

HONOR 600 Lite milik anda SECARA PERCUMA dengan U Mobile!

HONOR 600 Lite juga boleh didapati SECARA PERCUMA dengan pelan U Postpaid dan U Family. Untuk maklumat lanjut mengenai pelan ini, sila layari laman web U Mobile di www.u.com.my.

Bayar hanya RM10 sebulan untuk memiliki HONOR 600 Lite!

Dengan pelan Yes 5G Infinite+ Basic, miliki HONOR 600 Lite pada hanya RM10 sebulan dengan langganan pelan serendah RM58 sebulan. Untuk maklumat lanjut tentang pelan ini, layari laman web Yes di http://www.yes.my.

Selain itu, pelanggan CelcomDigi juga bakal memiliki HONOR 600 Lite SECARA PERCUMA tidak lama lagi! Bermula 18 Mac 2026, pakej pascabayar menarik akan ditawarkan secara rasmi dengan nilai yang sangat berbaloi untuk pengguna. Untuk kemas kini mengenai pelan ini, ikuti halaman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau layari laman web CelcomDigi.

Untuk ketenangan tambahan, HONOR 600 Lite turut didatangkan dengan Waranti Lanjutan 1+1 Tahun bernilai RM99. Peranti ini tersedia dalam warna Desert Gold dan Velvet Grey. Pelanggan juga boleh mengunjungi HONOR Experience Store terdekat untuk mencuba sendiri HONOR 600 Lite. Ia juga boleh didapati melalui kedai rasmi HONOR di Shopee, Lazada dan TikTok.

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR 600 Lite, layari www.honor.com/my/.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading