55130736800_d892957f2e_z

Kuala Lumpur – Suria KLCC, destinasi beli-belah pengalaman ikonik Malaysia, menjemput para pengunjung untuk menghargai kepelbagaian budaya negara sempena Hari Raya Aidilfitri ini. Bermula dari 27 Februari sehingga 5 April 2026, Kumpulan Suria KLCC akan menganjurkan kempen bermakna yang didedikasikan untuk mempromosikan tradisi, warisan, dan semangat kebersamaan.

Sambutan ini melangkaui ruang dalaman pusat beli-belah ke seluruh Presint KLCC, di mana suasana perayaan dihidupkan melalui kembara penemuan yang holistik. Selain daripada pengalaman yang dikurasi di dalam bangunan, para pengunjung dapat menikmati gabungan harmoni antara warisan dan riadah moden; bermula daripada tawaran bermusim dan pengalaman runcit di dalam pusat beli-belah, sehinggalah ke detik-detik ketenangan di Taman KLCC. Ini sekaligus mewujudkan sebuah destinasi dinamik di mana gaya hidup, kulinari, dan budaya bersatu di KLCC The Place.

PENGALAMAN WARISAN DI SURIA KLCC

Aras Centre Court dan Esplanade KLCC telah ditransformasikan menjadi taman bougainvillea yang indah, berpusatkan struktur wakaf Melayu tradisional yang menjadi fokus utama visi perayaan Suria KLCC. Melalui kolaborasi sinergi bersama Sofia Iman, Suria KLCC mengangkat kehalusan seni Malaysia sebagai tonggak utama pengalaman ini.

Menghiasi ruang perayaan ini adalah sebuah mahakarya seni: 1,710 meter kain batik cap tangan yang dihasilkan oleh Sofia Iman khusus untuk hiasan ini. Instalasi fabrik yang gah ini merangkumi wakaf tradisional dan hanging hoist di dalam pusat beli-belah sehingga ke struktur edifices yang megah di Esplanade KLCC, menyuntik jiwa tradisi ke setiap sudut sambutan.

Salah satu pondok wakaf berfungsi sebagai ruang kraf khusus yang menempatkan Demonstrasi Tenunan Songket Khas. Pengunjung dapat menyaksikan proses yang rumit ini secara dekat, yang dibawakan oleh penenun mahir dari Terengganu, seorang artisan warisan yang dibawakan khas ke ibu kota oleh Sofia Iman. Ruang ini turut menampilkan pergerakan ritma alat tenun tradisional, atau ‘Kek’, yang memberikan gambaran tentang ketekunan manusia dalam menghasilkan karya tenunan agung.

KEMBARA WARISAN KURASI SOFIA IMAN

Sambutan di Suria KLCC direka sebagai sebuah perjalanan bersama dalam menyelami budaya Malaysia. Sebagai sumbangan bermakna dalam kempen tahun ini, Sofia Iman telah mengurasi secara eksklusif rangkaian sentuhan warisan untuk menghubungkan pengunjung dengan jiwa bangsa:

• Permainan Nostalgia: Pengunjung boleh mengimbau kembali kegembiraan warisan melalui permainan tradisional harian termasuk Congkak dan Batu Seremban yang dibawakan secara eksklusif oleh Sofia Iman.

• Persembahan Ikonik: Suasana perayaan dimeriahkan lagi dengan tenaga daripada persembahan Gamelan secara langsung, yang juga merupakan acara warisan utama sumbangan Sofia Iman.

Pengalaman ini turut disertai dengan latar belakang foto (photobooth) yang dikurasi untuk kenangan keluarga, tarian Zapin, serta bengkel interaktif seperti Mencanting Batik, Gubahan Bunga Raya, dan sesi Padanan Wangian oleh The Body Shop.

PENGHORMATAN KEPADA TRADISI: “PENJAGA WARISAN”

Tumpuan utama sambutan tahun ini adalah filem jenama perayaan, “Penjaga Warisan”, yang dihasilkan dengan kerjasama Sofia Iman. Dirakam melalui lensa dokumentari, ia memaparkan ketegangan antara kepesatan bandar raya dan ketenangan tradisi di Terengganu. Setiap elemen filem ini dihasilkan sepenuhnya oleh tangan manusia, daripada gubahan muzik sehingga bait-bait puisi, sebagai simbol penghargaan terhadap keaslian di dunia digital yang serba pantas.

Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan CEO Suria KLCC Sdn Bhd, berkata: “Pada Hari Raya ini, melalui kolaborasi signifikan bersama Sofia Iman dan naratif ‘Penjaga Warisan’, kami bukan sekadar mempamerkan warisan, malah kami sedang memeliharanya. Sempena sambutan Visit Malaysia 2026, kami bangga memainkan peranan dalam mempamerkan jiwa budaya Malaysia kepada dunia, memposisikan Presint KLCC sebagai titik sentuh utama bagi pelancong antarabangsa merasai keaslian warisan kami.”

Puan Faralina Binti Abdul Wahab, Pengasas Sofia Iman, berkongsi: “Apa yang kami pamerkan hari ini adalah kemuncak dedikasi selama bertahun-tahun dalam mengekalkan akar budaya. Kehadiran Sofia Iman di Suria KLCC membuktikan bahawa pelanggan menginginkan interpretasi moden songket dan batik yang boleh digayakan dalam kehidupan seharian. Ini adalah peluang untuk mempersembahkan kisah kami dan menghargai artisan tempatan.”

GANJARAN PERAYAAN:

• Pengunjung yang berbelanja RM2,500 ke atas dalam dua resit akan menerima E-Voucher Membeli-belah Suria KLCC bernilai RM100 dan satu set sampul Raya eksklusif.

• Pengunjung yang membeli E-Voucher Membeli-belah Suria KLCC bernilai RM1,000 akan menerima E-Voucher tambahan bernilai RM100.

PUSAT BELI-BELAH ALAMANDA: BOULEVARD PERAYAAN TRADISI DAN SEMANGAT KOMUNITI (27 FEBRUARI 2026 HINGGA 5 APRIL 2026)

Alamanda membawakan semangat Hari Raya melalui Taman Bougainvillea yang mempesonakan, berpusatkan sebuah wakaf Melayu tradisional. Wakaf ini menampilkan seni bina warisan dengan gerbang kayu klasik dan bumbung berlapis yang diinspirasikan oleh reka bentuk Melayu, membawa pengunjung kembali ke suasana kampung yang nostalgia.

Suasana santuari flora ini dapat dirasai di seluruh Centre Court, di mana pengunjung boleh bersiar-siar melalui terowong bunga bougainvillea yang mekar. Menjelang malam, taman ini disinari cahaya keemasan daripada pelita tradisional dan lampu hiasan yang membangkitkan kehangatan suasana pulang ke desa.

• Persembahan & Aktiviti: Pada hujung minggu, pusat beli-belah ini akan dimeriahkan dengan tarian tradisional Melayu, Angklung, dan Kuda Kepang.

• VIKids Club: Ahli kelab boleh menyertai bengkel kraf tangan seperti pembuatan Wau Bulan mini.

• Tanggungjawab Sosial: Alamanda akan meraikan kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Amal Rukaiyah melalui sesi membeli-belah ‘Baju Raya’, penyampaian ‘Duit Raya’, dan majlis berbuka puasa yang bermakna.

GANJARAN PERAYAAN:

• Perbelanjaan RM700 dalam dua resit akan menerima kelalang (flask) bunga eksklusif dan satu set sampul Raya.

• Perbelanjaan RM1,500 ke atas akan menerima E-Voucher Membeli-belah Alamanda bernilai RM50 tambahan kepada kelalang bunga dan sampul Raya.

MESRA MALL: MERAIKAN WARISAN DAN KEBERSAMAAN DI PANTAI TIMUR (25 FEBRUARI HINGGA 31 MAC 2026)

Terletak di tengah-tengah Terengganu, Mesra Mall meraikan musim ini dengan mengangkat seni kraf Pantai Timur. Melalui kolaborasi bersama jenama warisan tempatan, dekorasi utama mall ini menampilkan struktur tradisional Melayu yang dihiasi dengan batik lukis tangan oleh Noor Arfa serta songket eksklusif daripada Kompleks Songket Penjara Marang.

Pengunjung juga boleh merasai sendiri “jiwa kraf” ini melalui bengkel Mencanting Batik dan Tenunan Songket secara langsung, memberikan peluang kepada pembeli untuk mengenali teknik rumit yang membentuk identiti budaya Terengganu.

GANJARAN PERAYAAN:

• Pengunjung yang berbelanja RM350 ke atas dalam dua resit akan menerima Voucher Membeli-belah Mesra Mall bernilai RM30 dan satu set sampul Raya eksklusif.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, layari:

i. Suria KLCC – www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall

ii. Alamanda – www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

iii. Mesra Mall – www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading