maxresdefault (1)

Samsung Malaysia kini menawarkan naik taraf yang sangat bernilai buat pengguna melalui pelancaran telefon pintar baharu, Samsung Galaxy A57 5G.

Hadir dengan storan sebesar 512GB pada harga RM2,199 selepas rebat, anda kini boleh menikmati storan dua kali lebih besar berbanding model Galaxy A56 5G tahun lalu pada harga yang sama.

Isu kekurangan ruang sering membelenggu pengguna masa kini memandangkan saiz fail media dan aplikasi harian semakin hari semakin membesar.

Kehadiran Galaxy A57 5G dijangka menyelesaikan masalah pengurusan storan ini secara tuntas. Ia membenarkan pengguna untuk terus menyimpan memori berharga dan memuat turun pelbagai fail tanpa perlu lagi bersusah payah memadam data lama.

Menurut Samsung, peranti berstoran 512GB ini merupakan satu pelaburan yang amat berbaloi. Ia sangat sesuai untuk individu yang menjalani gaya hidup sarat dengan kandungan media serta gemar mengambil gambar.

Malah, pengguna tidak perlu lagi risau mengenai isu lambakan aplikasi yang tidak diperlukan (bloatware) yang sering memakan ruang memori di dalam telefon.

Telefon pintar ini didatangkan dengan spesifikasi 12GB RAM beserta storan dalaman sebesar 512GB.

Pembeli siri ini juga layak menikmati potongan harga istimewa bagi pembelian aksesori ekosistem Samsung seperti Buds Core, Buds3 FE, Buds4, dan Band Fit3 di dalam satu resit yang sama.

Tawaran promosi bagi pelancaran peranti ini telah mula dibuka kepada bermula dari 25 Mac 2026. Promosi Rebat Pelancaran berlangsung pada 25 Mac 2026 sehingga 31 Dis 2026 dan rebat Bank/Shopee PayLater pada 25 Mac 2026 – 29 April 2026.

ModelRAM + MemoriWarnaHarga (RM)Rebat pelancaran (RM)Harga selepas rebat pelancaran (RM)Rebat Maybank/CIMB, Shopee Pay Later
Galaxy A57 5G12+512GBAwesome NavyAwesome GrayAwesome IcyBlueRM2,699RM300RM2,399RM200
Galaxy A57 5G12+256GBRM2,399RM150RM2,249
Galaxy A37 5G12+256GBAwesome Lavender Awesome CharcoalAwesome GrayGreenRM1,999RM100RM1,899RM100
Galaxy A37 5G8+256GBRM1,899RM1,799

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading