Petaling Jaya – Industri penjagaan ibu berpantang di Malaysia kini semakin berkembang pesat seiring dengan peningkatan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan selepas bersalin yang berkualiti. Dalam landskap ini, NR Mothercare Confinement muncul sebagai antara penyedia perkhidmatan yang komited dalam memastikan ibu-ibu mendapat penjagaan terbaik, bukan sahaja di dalam negara malah hingga ke peringkat antarabangsa.
Sejak penubuhannya sekitar tahun 2019, NR Mothercare menekankan aspek kualiti dalam setiap perkhidmatan yang ditawarkan. Syarikat ini menyediakan khidmat penjagaan ibu berpantang secara menyeluruh, termasuk penghantaran penjaga pantang (confinement lady) ke rumah pelanggan bagi memastikan ibu mendapat rehat secukupnya serta penjagaan yang rapi.
Pendekatan ini bukan sahaja membantu mempercepatkan proses pemulihan ibu, malah memberi ketenangan kepada keluarga kerana semua keperluan asas seperti penjagaan bayi, penyediaan makanan pantang dan rawatan tradisional diuruskan secara profesional.

Pengasas NR Mothercare Confinement, Siti Nornadiah Md Razi berkata, NR Mothercare menawarkan pelbagai pakej yang memenuhi keperluan ibu selepas bersalin. Antara perkhidmatan utama termasuk Penjagaan ibu berpantang di rumah, Urutan prenatal dan tradisional, Pakej penjagaan selepas keguguran, Perkhidmatan penyediaan makanan pantang dan Pakej penutup pantang.
Semua perkhidmatan ini direka untuk memberikan pengalaman berpantang yang lebih selesa, teratur dan selamat kepada para ibu.
“Misi kami ialah untuk membantu ibu-ibu berpantang dengan tenang dan berkualiti, malah secara tidak langsung membantu wanita di luar sana terutamanya ibu tunggal untuk turut sama menjana pendapatan dengan NR Mothercare. Walau bagaimanapun, kami hanya mengambil CL yang berpengalaman sekurang-kurangnya lima tahun ke atas untuk memberikan mutu dan perkhidmatan terbaik.
“CL di Mothercare mempunyai sijil dan kelayakan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,” kongsi Nornadiah yang turut menyatakan pihaknya menggunakan produk jenama sendiri yang mempunyai kelulusan KKM” katanya ketika ditemui di majlis sambutan hari raya Aidilfitri disini.


Salah satu kekuatan utama NR Mothercare adalah jaringan tenaga kerja mereka. Bermula dengan sekitar 25 orang penjaga pantang, kini jumlah tersebut telah berkembang kepada lebih 400 orang di seluruh Malaysia.
Setiap tenaga kerja dilatih bagi memastikan mereka bukan sahaja mahir dalam penjagaan ibu dan bayi, malah mampu memberikan sokongan emosi yang diperlukan oleh ibu dalam tempoh berpantang.
Melangkah Ke Pasaran Antarabangsa
Menariknya, NR Mothercare tidak hanya beroperasi di Malaysia. Mereka telah memperluaskan perkhidmatan ke luar negara dengan menghantar penjaga pantang ke beberapa lokasi seperti London, Singapura, Brunei dan Abu Dhabi.
Langkah ini membuktikan permintaan tinggi terhadap perkhidmatan berpantang gaya Malaysia, khususnya dalam kalangan rakyat Malaysia yang menetap di luar negara serta komuniti antarabangsa yang menghargai kaedah penjagaan tradisional.
“Alhamdulillah setakat ini banyak permintaan untuk perkhidmatan NR Mothercare dan majoritinya ialah rakyat Malaysia yang menetap di luar negara.
“Kami menerima tempahan yang cukup luar biasa dan ada kalanya terpaksa menolak kerana sudah melebihi had kuota,” tambahnya.

Ujarnya lagi, kepercayaan pelanggan terhadap NR Mothercare turut diperkukuhkan apabila perkhidmatan mereka digunakan oleh golongan VVIP termasuk kerabat diraja.
Selain itu, komitmen mereka dalam menyediakan servis berkualiti tinggi telah mendapat pengiktirafan dalam industri keibubapaan, sekaligus meningkatkan reputasi jenama sebagai penyedia penjagaan ibu berpantang yang dipercayai.
Dengan permintaan yang semakin meningkat, NR Mothercare dilihat berada pada landasan tepat untuk terus berkembang. Fokus terhadap kualiti servis, latihan tenaga kerja serta pengembangan ke pasaran global menjadi antara faktor utama yang mendorong kejayaan mereka.
Secara keseluruhannya, NR Mothercare bukan sekadar menawarkan perkhidmatan penjagaan ibu berpantang, tetapi turut membawa misi untuk memartabatkan amalan berpantang tradisional Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Majlis sambutan hari raya Aidilfitri NR Mothercare Confinement ini turut diserikan lagi dengan persembahan artis terkenal, Hael Husaini.
