681057256_1047925971253200_8072761408139878660_n

Seorang mekanik tular dikenali sebagai Abang Minyak Hitam Jalanan terpaksa mengambil keputusan untuk memadam nombor telefon bimbit yang diletakkan di akaun media sosial miliknya.

Hal ini berikutan terlalu ramai orang menghubunginya untuk menginfakkan wang melaluinya supaya dapat terus memberikan servis membaik pulih motosikal di jalanan secara percuma.

Situasi ini membuatkan Usop atau nama sebenarnya Mohd Yusof Mohamed Noor tampil untuk menjelaskan bahawa dirinya sememangnya tidak lagi menerima wang infak daripada orang ramai setakat ini.

Usop memaklumkan bahawa wang infak yang lama masih berbaki membuatkannya merasa khuatir jika tidak dapat menjaga amanah sekiranya orang ramai terus menyalurkan sumbangan.

“Saya sudah tidak menerima infak sebab duit diterima dahulu itu masih ada lagi. Saya tak nak banyak-banyak. Cukuplah dengan apa yang ada. Tak nak disebabkan duit infak orang, saya tersalah jalan dan gelap mata.

“Saya takut sebenarnya nak pegang duit infak banyak-banyak,” jelas mekanik terbabit dalam perkongsian dimuat naik di akaun Facebook miliknya susulan servis ditawarkannya mencuri perhatian ramai.

Dalam perkongsian yang sama, mekanik terbabit turut memohon maaf kepada pihak media kerana terpaksa menolak jemputan mereka berikutan perlu memberi perhatian sepenuhnya terhadap pekerjaan.

Usop sebelum ini beberapa kali tular di media sosial kerana sering kali membantu penunggang motosikal untuk membaik pulih kerosakan tanpa mengenakan sebarang bayaran kerana ditanggung wang infak.

Mekanik terbabit bagaimanapun kembali menyentuh hati rakyat Malaysia apabila membantu seorang lelaki Cina bergelar bapa tunggal yang dikenali sebagai Dicky dengan membaiki motosikalnya secara percuma.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading