WhatsApp Image 2026-05-08 at 23.21.25

KUALA LUMPUR – Penyanyi popular Bollywood, Jubin Nautiyal menjanjikan persembahan penuh emosi dan tenaga pada konsert sulungnya di Malaysia yang berlangsung di Mega Star Arena malam esok.

Penyanyi yang terkenal menerusi lagu romantik dan balada itu mengakui teruja untuk bertemu peminat tempatan selepas menerima sambutan luar biasa sejak pengumuman konsert “Jubin Nautiyal: Live in Kuala Lumpur 2026” dibuat baru-baru ini.

Menurut Jubin, beliau mahu menjadikan persembahan berkenaan sebagai pengalaman istimewa dengan mengajak penonton menyanyi dan menari bersama sepanjang konsert berlangsung.

“Malaysia sentiasa mempunyai tempat istimewa di hati saya. Saya tidak sabar untuk berkongsi muzik dan mencipta kenangan indah bersama peminat di Kuala Lumpur,” katanya.

Konsert anjuran iGP Funky itu dijadual berlangsung pada 9 Mei di Mega Star Arena dengan ribuan peminat dijangka membanjiri lokasi persembahan.

Antara lagu popular yang dijangka dibawakan termasuk “Lut Gaye”, “Raataan Lambiyan”, “Tum Hi Aana” dan “Humnava Mere”, yang sering menjadi siulan peminat muzik Bollywood di seluruh dunia.

“Persembahan kami panjang, iaitu hampir tiga jam.

“Ada pelbagai genre dan segmen berbeza yang kami rancang, daripada muzik tarian, soul, lagu sedih, rock hinggalah lagu klasik era 1980-an dan 1990-an. Ini benar-benar persembahan yang menyeronokkan dan semua orang pasti menikmatinya,” ujarnya lagi pada sidang media di sini, hari ini.

Tambah Jubin, salah seorang artis tempatan yang akan berkongsi pentas dengannya esok adalah Hriday Gattani.

Penganjur berkata, konsert berkenaan bakal tampil dengan susunan muzik lebih segar, tata cahaya moden serta pengalaman interaktif bagi memastikan peminat menikmati persembahan bertaraf antarabangsa.

Jubin yang dikenali dengan vokal romantik dan persembahan bertenaga kini muncul antara penyanyi Bollywood paling berpengaruh dengan jutaan penstriman digital dan peminat di seluruh Asia.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading