IMG 1 (8)

Kuala Lumpur – Cetaphil®, jenama penjagaan kulit dermatologi No. 1 di Malaysia¹, menandakan kemasukan berani ke dalam kategori serum antioksidan menerusi pelancaran rangkaian Serum AM PM terbaharunya.

Diformulasikan dengan penemuan terkini Cetaphil® dalam sains antioksidan, Gallic-AOX Power™, iaitu Advanced Defense Serum (AM) dan Repair & Renew Serum (PM), berfungsi bersama untuk menguatkan, melindungi dan memulihkan kulit sepanjang masa. Produk ini menawarkan kulit yang 7 kali lebih kuat menghadapi tekanan harian pada waktu siang serta mempercepatkan pembaikan penghalang kulit sebanyak 2 kali ganda pada waktu malam.² ³

Pelancaran penting ini memberi peluang kepada peneraju global yang dipercayai dalam penjagaan kulit sensitif untuk meningkatkan kesedaran tentang kesan gaya hidup moden yang penuh tekanan serta bagaimana tekanan harian ini memberi impak kepada kulit melalui proses yang dikenali sebagai tekanan oksidatif.

Cetaphil® Sebagai Peneraju dalam Penyelidikan Antioksidan dan Tekanan Oksidatif

Cindy Tiu, Pengurus Negara Galderma Malaysia berkata, Cetaphil® memahami peningkatan kesan tekanan harian terhadap kulit sensitif dan terus komited menyediakan penyelesaian yang berkesan serta disasarkan untuk memenuhi keperluan yang sentiasa berubah. Dengan gaya hidup moden yang semakin mendedahkan kulit kepada tekanan persekitaran dan gaya hidup, Cetaphil® terus memperkukuhkan penyelidikan antioksidannya bagi membantu pengguna melawan tekanan oksidatif.

“Dikuasakan oleh Gallic-AOX Power™ baharu yang mengandungi Asid Galik dan Vitamin E, serum-serum ini mencerminkan komitmen berterusan Cetaphil® terhadap penyelidikan antioksidan serta penyampaian penyelesaian berasaskan sains yang diuji oleh pakar dermatologi. Teknologi inovatif ini direka khusus untuk memberikan perlindungan antioksidan yang dua kali lebih berkesan daripada Vitamin C, namun cukup lembut untuk kulit yang paling sensitif.” katanya.

Tambahnya, serum AM PM ini memperkenalkan pendekatan penjagaan kulit siang dan malam yang disasarkan untuk membantu pengguna melindungi kulit daripada tekanan oksidatif serta menyokong proses pembaikan dan pembaharuan semula jadi kulit.

“Tekanan merupakan pencetus gaya hidup nombor satu bagi kulit sensitif, dan majoriti pengguna kini aktif mencari cara untuk mengurangkan tekanan. Kesedaran tentang bagaimana gaya hidup moden memberi kesan kepada kesihatan kulit semakin meningkat, sama ada melalui faktor luaran seperti pencemaran, pendedahan UV dan suhu panas, mahupun faktor dalaman seperti kualiti tidur yang rendah, pemakanan tidak sihat dan tekanan emosi. Semua faktor ini bergabung dan muncul pada kulit dalam bentuk tekanan oksidatif yang menjejaskan kecergasan kulit, melemahkan lapisan perlindungan kulit serta menyebabkan garis halus, kemerahan dan sensitiviti” jelasnya lagi.

Dengan legasi melebihi 75 tahun, Cetaphil® terus berpegang kepada misinya untuk menyediakan penyelesaian lembut yang diuji oleh pakar dermatologi dan benar-benar melindungi kulit sensitif. Komitmen jangka panjang terhadap sains kulit ini telah menjadikan jenama tersebut penanda aras global dalam kebolehpercayaan klinikal. Hari ini, berjuta-juta pengguna di seluruh dunia bergantung kepada formulasi Cetaphil® yang diluluskan pakar dan disokong secara saintifik untuk mengekalkan kesihatan kulit mereka dengan penuh keyakinan.

Memperkenalkan Duo Serum AM PM: Perlindungan dan Pemulihan Sepanjang Masa

Inovasi terkini Cetaphil® – Advanced Defense Serum (AM) dan Repair & Renew Serum (PM) — memenuhi keperluan penjagaan kulit berprestasi tinggi yang kaya dengan antioksidan serta mudah disesuaikan dengan rutin harian.

Duo serum ini direka khusus untuk selari dengan kitaran semula jadi kulit dan menawarkan manfaat yang terbukti secara klinikal seperti berikut:

Rejimen AM PM Pertama yang Mengubah Kulit Sensitif dan Tertekan

Perlindungan Siang Hari

  • Menjadikan kulit 7 kali lebih kuat terhadap tekanan persekitaran seperti pencemaran, sinaran UV dan cahaya biru.
  • Terbukti secara klinikal membantu mengurangkan penampilan liang pori dan garis halus.
  • Menjadikan kulit lebih licin dan berseri.²

Pembaharuan Malam Hari

  • Mempercepatkan pembaikan penghalang kulit sebanyak 2 kali ganda semalaman.
  • Hasil yang ketara dalam mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan hanya dalam tempoh empat minggu.³

Gabungan Serum AM + PM

  • Terbukti secara klinikal memberikan peningkatan kelembapan segera sebanyak 93%.⁴
  • Membantu memperbaiki kualiti keseluruhan kulit sensitif yang mengalami tekanan dalam masa dua minggu.⁵

Di teras duo serum ini ialah teknologi inovatif Gallic-AOX Power™ yang menggabungkan Asid Galik dan Vitamin E. Kompleks berkuasa ini didapati dua kali lebih berkesan berbanding Vitamin C dalam meneutralkan radikal bebas, sekali gus memberikan perlindungan unggul walaupun untuk kulit yang paling sensitif.

Apabila digabungkan dalam rutin penjagaan kulit sedia ada, serum-serum ini melengkapkan Penyelesaian Antioksidan Cetaphil® – satu pendekatan ringkas yang melindungi kulit ketika waktu paling sibuk dan menyokong proses pemulihan semula jadi kulit semasa berehat.

Diagnosis Profesional: Bagaimana Gaya Hidup Moden Mencetuskan Tekanan Oksidatif

Dalam sesi perbincangan dan perkongsian bertajuk “Wellness in Motion: Keeping Skin Resilient Through a Busy Schedule”, Dr. Goh Siew Wen, Pakar Perunding Dermatologi di Bukit Tinggi Medical Centre, berkongsi pandangannya mengenai bagaimana gaya hidup moden mencetuskan tekanan oksidatif pada kulit sensitif.

“Tekanan oksidatif adalah sesuatu yang sering diabaikan oleh pesakit saya dan kebanyakan orang. Ia berlaku apabila radikal bebas — yang terbentuk akibat pencemaran luaran serta faktor dalaman seperti kurang tidur — melebihi kemampuan tubuh untuk menyahtoksikkannya. Radikal bebas ini akan terkumpul dan melekat pada kulit, sekali gus melemahkan lapisan perlindungan kulit. Gaya hidup yang menuntut secara fizikal atau mental juga boleh meningkatkan paras kortisol, yang seterusnya melemahkan pertahanan semula jadi kulit.”

Beliau turut menjelaskan peranan antioksidan yang secara semula jadi dihasilkan oleh tubuh dalam melindungi kulit daripada tekanan oksidatif.

“Antioksidan sangat penting dalam membantu kulit menghadapi tekanan moden. Namun, pendedahan persekitaran hari ini menghasilkan lebih banyak radikal bebas daripada yang mampu dineutralkan oleh tubuh secara semula jadi. Oleh itu, pendekatan penjagaan siang dan malam amat penting — melindungi kulit daripada agresor persekitaran pada siang hari dan menyokong proses pembaikan serta pembaharuan semula jadi kulit pada waktu malam.”

Walau bagaimanapun, Dr. Goh menegaskan bahawa penjagaan kulit sahaja tidak mencukupi.

“Utamakan pengambilan makanan kaya antioksidan, kekalkan gaya hidup aktif dengan senaman berkala, dan dapatkan tidur yang berkualiti. Mengurangkan pendedahan kepada cahaya biru sebelum tidur juga boleh membantu dengan ketara. Perubahan gaya hidup yang mudah tetapi konsisten mampu membantu kulit menghadapi cabaran kehidupan moden.”

Selebriti Malaysia, Amelia Henderson, turut berkongsi pengalamannya dalam mengurus gaya hidup yang aktif dan bertenaga, serta kepentingan penyelesaian penjagaan kulit yang mudah disesuaikan dengan rutin hariannya.

“Kehidupan saya sentiasa sibuk dan bergerak pantas. Saya sedar kulit saya memerlukan lebih daripada sekadar kelembapan untuk menghadapi tekanan jadual yang padat. Saya mencari sesuatu yang praktikal tanpa perlu mengubah keseluruhan rutin penjagaan kulit saya, dan Serum AM PM ini sangat sesuai kerana ia lembut pada kulit serta mudah dimasukkan ke dalam rutin sedia ada tanpa menggantikan produk kegemaran saya.

Mengetahui bahawa produk ini datang daripada jenama yang mempunyai legasi saintifik yang kukuh dan dipercayai memberi saya ketenangan fikiran. Saya yakin perlindungan dan pemulihan kulit sedang berlaku di sebalik tabir sementara saya memberi tumpuan kepada segala perkara lain yang perlu saya lakukan.”

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading