“Trafik di arah selatan setakat ini masih terkawal dan lancar kecuali di Tambak Johor dari Malaysia menuju ke Singapura,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Sementara itu, menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), berlaku kesesakan sebelum terowong Genting Sempah menuju ke Lentang dan laluan keluar Plaza Tol Terengganu ke Kuala Terengganu melalui Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di talian 1800-88-7752 atau merujuk laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik dan http://www.twitter.com/llminfotrafik.
