SAN FRANCISCO: Satu tuntutan mahkamah difailkan di mahkamah persekutuan mendakwa Google melanggar privasi orang awam kerana menjejaki lokasi telefon pintar pengguna sungguhpun penetapan “sejarah lokasi” dimatikan.

Tuntutan itu difailkan Jumaat oleh warga California yang berhasrat mendapatkan ganti rugi yang tidak ditentukan bersama-sama pengesahan status yang membolehkan tindakan undang-undang diambil beliau itu mewakili semua pengguna telefon pintar iPhone atau Android di Amerika Syarikat (AS) yang mematikan sejarah lokasi supaya pergerakan mereka tidak di log masuk oleh Google.

“Google dengan jelas menampilkan kepada pengguna bahawa sistem operasi dan aplikasinya, apabila penetapan tertentu dimatikan, akan menghalang penjejakan geolokasi pengguna,” demikian menurut tuntutan itu.

“Apa yang ditampilkan ini adalah salah.”

Tuntutan mahkamah itu mendakwa Google melanggar undang-undang privasi, dan memetik laporan berita minggu lalu yang disahkan penyelidik universiti.

Google tidak memberi maklum balas ketika diminta mengulas.

Selepas laporan itu dibuat, Google yang dimiliki syarikat induk Alphabet, mengubahsuai halaman sokongannya untuk dibaca bahawa mematikan sejarah lokasi “tidak memberi kesan kepada perkhidmatan lokasi lain pada peranti anda, seperti Google Location Services dan Find My Device.”

Data lokasi juga boleh dijejaki bagi digunakan dalam perkhidmatan lain seperti peta atau carian, demikian menurut halaman sokongan itu. 

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading