KUALA LUMPUR: Pengarah terkemuka tanah air, Mohamad Mohamad Khalid atau lebih mesra dipanggil Mamat Khalid kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya.

Menurut isteri beliau, Hasmah Hassan, Mamat dimasukkan ke hospital itu pada Jumaat selepas mengadu sakit dada dan batuk.

Bagaimanapun, dia berharap supaya rakan taulan dapat memberi ruang kepada Mamat untuk berehat secukupnya semasa menerima rawatan ketika ini.

Hasmah turut berharap semoga rakyat Malaysia termasuk rakan taulan serta peminat industri filem negara mendoakan yang terbaik buat Mamat.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading