Kuala Lumpur – Konsortium IRAMA dengan kerjasama NAV Karaoke Keluarga hari ini melancarkan album lagu patriotik berjudul Patriotik Jaya – Sayangi Malaysiaku.
Sebagai tanda cintakan negara, Konsortium IRAMA terpanggil mengeluarkan sebuah lagu patriotik sebagai menyambut bulan kemerdekaan Malaysia yang ke 62.

Lagu ciptaan Broth Rem dan lirik oleh Ezra Rahman Harith ini juga turut menampilkan susunan muzik oleh saudara Burn Crossfire ini diharap dapat diterima oleh seluruh rakyat Malaysia dan menaikkan semangat kecintaan terhadap negara.
Menariknya, lagu ini dinyanyikan oleh gabungan artis pelbagai bangsa seperti Baggio, Winnie K, Reshma AF, Natasha Sass, Zairul, Thalia Mentor, Yana Yunus, Lobo Panglima, Amir Aswady dan Radhi Khalid.

Lagu ini juga turut dimasykkan kedalam carta lagu di semua pusat karaoke keluarga NAV. Ini juga merupakan lagu patriotik yang boleh dinyanyikan pelbagai lapisan masyarakat diseluruh Malaysia dan Indonesia.
Foto oleh: : Jon Ramlan -Mewah Event Mgt
