Beliau yang juga Pengarah Urusan NH Prima International bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara itu.
“Seperti khabar angin yang bertebaran, saya mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap suami saya, Sharnaaz Ahmad.
Apa yang lebih penting, kata Nabila, adalah masa depan anak tunggal mereka, Jebat Jayden, yang baru berusia setahun.
“Doakan kesejahteraan saya dan anak saya,” katanya.
Kisah rumah tangga pasangan terbabit kembali menjadi perhatian pada 29 Ogos lalu apabila sebuah portal menyiarkan artikel kononnya Nabila memfailkan perceraian terhadap pelakon filem Wangi itu.
Nabila difahamkan berbuat demikian apabila berkongsi sekeping foto dipercayai Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta, di Instagram Story miliknya.
Malah, wanita berkenaan juga didakwa memuat naik status yang dikatakan menguatkan lagi spekulasi dirinya berdepan masalah rumah tangga.
Sharnaaz, 34, dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017.
