Kuala Lumpur – Pertandingan mencungkil bakat i-SiNG adalah sebuah platform yang telah bermula sejak tahun 2017 khusus mengetengahkan pencarian bakat dalam seni pentas yang semakin popular masa kini. i-SiNG merupakan sebuah kejohanan bertaraf antarabangsa dengan tujuan mencungkil bakat-bakat baharu dari usia 16 tahun ke atas melalui bidang nyanyian untuk dipertandingkan pada peringkat antarabangsa.

i-SiNG telah berjaya membawa nama Malaysia ke persada luar negara bermula tahun 2017 dengan mengetengahkan Nabilah Mohammad pada tempat ke-7 di Yangon, Myanmar. Manakala pada tahun 2018, peserta lelaki Shafiq Ikhwan berjaya menggondol juara menewaskan wakil dari 40 buah negara dan pada tahun ini, Mohamad Husaini Mahmur dan Nadia Naswan Hasnan berjaya di tempat kedua serta ketiga dalam kejohanan yang berlangsung di Stockholm, Sweden.
Bagi tahun ini, kejohonan berprestij bakal berlangsung di Kuala Lumpur dan dijadualkan selama 5 hari pada 10 hingga 17 september ini. Dianggarkan sebanyak 50 buah negara akan menyertai kejohanan ini. Hadiah yang ditawarkan bernilai RM50,000.

Bagi yang berhasrat untuk menyertai sesi uji bakat, ianya akan diadakan pada 14-15 mac ini di Plaza Pelangi Johor Bahru, 21-22 mac di Mahkota Parade Melaka dan 4-5 april di Centrepoint Kota Kinabalu.
Penyertaan terbahagi kepada 3 kategori iatu junior, solo dan berkumpulan. Setiap penyertaan dikenakanyuran pendaftaran sebanyak RM100 bagi solo manakala RM200 bagi berkumpulan.

Pihak penganjur juga merancang beberapa program menarik bagi kejohanan i-SiNG World termasuk peluang percutian dan melancong sempena mereka berada di Kuala Lumpur dapam rangka mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2020.
Untuk info lanjut, boleh layari laman facebook i-Sing Malaysia 2020.
