Hiburan

Siqma, Benzooloo, B-Heart, Kmy Kmo, Luca Sickta dan Yonnyboii bergabung demi“PLAYAZ”

Kuala Lumpur – Muzik dan fesyen sentiasa seiring. Kedua-duanya merupakan penyataan artistik yang melambangkan ideologi, kesenian, kreativiti, dan keperibadian. Dari dulu hingga kini, fesyen sentiasa mempengaruhi muzik dan muzik juga mempengaruhi fesyen. Begitu juga dengan muzik Hip Hop, ianya bukan sekadar hiburan, tetapi ianya adalah suatu bentuk ekspresi diri dan fesyen digunakan salah satu cara untuk mengekspresi diri.

Genre Hip Hop sangat berpengaruh dalam membentuk sub-budaya lengkap berkenaan fesyen yang menjadi ikutan ramai seluruh dunia. Tidak ketinggalan juga dengan arena Hip Hop tempatan, penggiat seni Hip Hop tempatan mempunyai gaya dan citarasa tersendiri dalam ekspresi muzik dan fesyen mereka. Kini, hubungan dinamik di antara muzik dan fesyen ini bakal diterjemahkan menerusi lagu berjudul “PLAYAZ”, sebuah projek khas yang melibatkan 6 rapper tempatan berkolaborasi dengan jenama fesyen urban streetwear tempatan, ‘Playaz’.

“PLAYAZ” dipersembahkan oleh Siqma, Benzooloo, B-Heart, Kmy Kmo, Luca Sickta dan YonnyBoii yang turut bertindak sebagai komposer bersama lagu ini.

Lagu ini dihasilkan sempena meraikan ulangtahun ke-19 jenama ‘Playaz’ yang sudah bertapak di Malaysia sejak tahun 2001 lagi. Mengulas tentang lagu ini, rapper dan penerbit Luca Sicta berkata, “Lagu ini menampilkan rap berat yang menceritakan tentang semangat jenama ‘Playaz’ sepanjang 19 tahun ianya wujud dalam arena Hip Hop Malaysia. Berbeza dengan karya-karya terbitan dan adunan saya sebelum ini, menerusi lagu ini saya cuba bereksperimentasi ke arah rentak ‘urban trap beat’. Semestinya lagu ini menjanjikan kelainan apabila 6 rapper bergabung dalam satu lagu dengan gaya masing-masing yang tersendiri.”

Dimulakan oleh pengasasnya usahawan Moiz Ali, jenama ‘Playaz’ telah mewarnai arena Hip Hop tempatan sejak 19 tahun yang lalu dengan menawarkan pelbagai jenis fesyen jalanan atau gaya kasual yang melambangkan gaya estetika Hip Hop. Jenama yang dibina ketika arena Hip Hop tempatan sedang berkembang pesat, ‘Playaz’ cuba memenuhi permintaan pasaran bagi fesyen sub-budaya remaja dengan menyediakan produk yang menawarkan gaya mudah, berkualiti tinggi dan mengikut trend terkini. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama ‘Playaz’ dan produk yang ditawarkan, sila layari laman web https://playaz.my.

Single terbitan Universal Music Malaysia ini boleh didapati sekarang di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: