Bisnes

Yayasan Bank Rakyat rasmi Pasar Segar Tanseri, bukti kejayaan usahawan Biz Hall 2020

Kuala Lumpur – Yayasan Bank Rakyat dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) telah berjaya menganjurkan, Bizz Hall 2020 sebagai pelan strategik bagi membantu usahawan mendapat khidmat nasihat, latihan dan pelbagai fasiliti di bawah Medac.

Kajian oleh SME Corp baru-baru ini mendapati kira-kira 170,000 usahawan PKS dan mikro di seluruh negara terjejas akibat Covid-19 dan mengakibatkan 8.85 peratus perniagaan gulung tikar.

Penganjuran Biz Hall 2020 yang telah berlangsung september lepas dilihat memberi kelegaan kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mikro untuk meneruskan perniagaan dalam tekanan ekonomi yang sangat mencabar serta dapat membuka peluang kepada bantuan-bantuan yang disediakan oleh pelbagai agensi di bawah MEDAC.

“Sokongan dan ilmu dalam perniagaan diberikan kepada usahawan secara berterusan dengan menggalakkan mereka berani menempuh cabaran dalam situasi mencabar.

“Ramai usahawan dan individu yang terkesan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula mac lalu datang menyertai BizHall dan kebanyakannya berjaya membina kembali perniagaan mereka, ada juga yang menerima bantuan seperti pinjaman dari agensi yang menyertai kami” kata Pengurus Yayasan Bank Rakyat, Mohd Fauzi Md Fadzil.

Beliau ditemui ketika majlis pelancaran Pasar Segar Tanseri, Wangsa Melawati disini hari ini.

Pemilik Pasar Segar Tanseri dikenali sebagai Tanseri Ijon berkata, pembukaan pasar segar ini adalah selepas beliau dan rakan perniagaannya, Tanseri Wan menyertai BizHall bagi mendapatkan khidmat kaunseling perniagaan selepas terkesan dalam situasi Covid-19.

“Kami sebenarnya merupakan jurulatih gim dimana turut terkesan semasa PKP, jadi kami bermula dengan menjual bekalan barangan basah secara atas talian.

“Kami menyertai BizHall selepas melihat iklannya melalui facebook dan kami amat berterima kasih kepada Yayasan Bank Rakyat kerana membuka peluang sebegini untuk memberi ilmu dalam berniaga, dari situ kami mengaplikasikan dalam perniagaan dan alhamdulillah hari ini, kami berjaya buka sebuah pasar segar dengan menawarkan barangan keperluan pada harga berpatutan” katanya kepada media.

Difahamkan, Yayasan Bank Rakyat bakal menganjurkan BizHall seterusnya dan menumpukan kawasan luar Kuala Lumpur.

Agensi lain yang turut terlibat ialah TEKUN Nasional, Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTÉGÉ ), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Cradle Fund Sdn Bhd, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Perbadanan Nasional Berhad (PNS).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: