Bisnes

SIBS 2020 penggerak sidang perniagaan pertama secara virtual

SHAH ALAM – Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2020 secara maya yang mengumpulkan pemain industri utama menjadi penggerak pertama bagi negeri Selangor menjadi negeri pertama menganjurkan secara virtual.

Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata persidangan tersebut menjadi platform pemain industri utama tempatan dan antarabangsa berkongsi idea, terutama untuk menjalankan perniagaan dalam norma baharu.

“Saya sangat berharap anda semua mendapat manfaat melalui penganjuran SIBS 2020 yang bakal menawarkan akses lebih besar dan tempoh lebih lama hingga Oktober 2021.

“SIBS juga membolehkan anda semua memanfaatkan pelbagai peluang serta ruang dengan cara lebih mudah, malah boleh mengakses mengikut kelesaan masing-masing di kediaman sendiri,” katanya ketika merasmikan sidang perniagaan tersebut secara maya hari ini.

SIBS 2020 dijadualkan berlangsung pada 14 hingga 17 Oktober di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, meliputi empat acara besar iaitu Ekspo Antarabangsa Selangor, Konvensyen Bandaraya Pintar dan Ekonomi Digital Selangor, Persidangan Perniagaan Selangor-Asean dan Ekonomi Digital Selangor.

Turut serta dalam sesi virtual adalah Ketua Pengawai Eksekutif Invest Selangor Berhad Dato’ Hasan Azhari Idris, EXCO Pelaburan Dato’ Teng Chang Khim dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah UPEN Dr Nor Fuad Abdul Hamid.

“Norma-norma baru ini telah membuatkan kita merangka kembali strategi dan rancangan dalam menjadikan SIBS sebagai sidang kemuncak yang harus dihadiri di rantau ini. Sebagai contoh, walaupun
kita tidak dapat bertemu secara langsung, penggunaan teknologi telah membolehkan kita meneruskan hubungan dan komunikasi dengan komuniti perniagaan yang lebih besar serta bakal-bakal rakan strategik dan pihak yang berkepentingan,” kata Dato’ Teng Chang Khim, Ahli Majlis Eksekutif, Kerajaan Negeri Selangor.

Selangor terus mengambil peranan sebagai kuasa ekonomi serantau di sebalik cabaran-cabaran semasa dan prospek pertumbuhan ekonomi yang kurang memberansangkan, dengan sumbangan lebih dari 24 peratus kepada KDNK Malaysia setiap tahun.

Virtual SIBS 2020 akan berterusan sehingga 2021, seterusnya membolehkan para usahawan untuk terus menggunakan platform ini setelah empat hari secara fizikal tersebut. SIBS 2021 dijadualkan
kembali pada 7 – 10 Oktober 2021 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: