Politik

UMNO terus sokong kerajaan PN, saran agar Rekonsiliasi Nasional segera dilaksanakan

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO mengambil keputusan akan terus mendukung kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan malam ini berkata, UMNO turut mengekalkan keputusan terdahulu iaitu menjalin kerjasama tanpa PKR dan DAP.

“UMNO juga menyarankan agar inisiatif Rekonsiliasi Nasional atau Agenda Perdamaian Nasional segera dilaksanakan dengen mengembeleng penyertaan semua parti politik yang bernaung dalam Perikatan Nasional dan pembangkang,” katanya.

Selain itu, Ahmad Zahid turut memaklumkan, parti itu juga menggesa penambahbaikan prinsip kerjasama yang berpaksikan nilai penghormatan dan konsensus politik.

“Menjunjung kasih keputusan titah Yang di-Pertuan Agong menolak permohonan yang dipersembahkan oleh Perdana Menteri bagi pelaksanaan darurat.

“Mendukung sepenuhnya titah dan saranan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja agar dikendurkan segala ketegangan politik dengan melakukan gencatan politik bagi memastikan kestabilan politik negara dapat terus dipertahankan,” ujarnya.

Katanya, bagi UMNO, keputusan yang turut diperbincangkan dengan Majlis Raja-Raja tersebut adalah amat bijaksana dan cukup melegakan rakyat.Tambah Ahmad Zahid, UMNO juga mahu memastikan ketapan Perhimpunan Agung UMNO untuk memperkasakan Muafakat Nasional agar dapat terus dilaksanakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: