Terkini

Program semburan pembasmi kuman bantu penularan covid-19 dan demam denggi

Cheras – Bagi menyahut seruan kerajaan dalam memutuskan rantaian covid-19, Venetian Sdn Bhd dengan kerjasama PG Enterprise menjalankan program penyemburan cecair pembasmi kuman Covid-19 dan aedes di PPR Pudu Ulu, Cheras.

Sebagai satu usaha bantuan kemasyarakatan bagi membendung peningkatan kes covid-19 dan demam denggi di kawasan setempat, program ini juga sebagai tanda sokongan kempen Kita Jaga Kita dari masyarakat untuk masyarakat.

Pengarah urusan Venetian, Eddie Ooi berkata, program ini adalah yang pertama dijalankan dan akan diteruskan dari masa ke semasa untuk sekitar kawasan Cheras bagi membantu masyarakat setempat dalam membasmi virus covid-19 dan juga wabak aedes.

“Program semburan cecair pembasmi kuman ini adalah inisiatif pihak kami dengan kerjasama PG Enterprise atas kesedaran melihat peningkatan kes covid-19 dan juga demam denggi”.

“Kami juga akan meluaskan usaha murni ini untuk seluruh kawasan Cheras dan jika ada pihak lain yang ingin bersama-sama kami untuk ke kawasan lain, kami sangat berbesar hati menerimanya” katanya kepada Malaysianews TV.

Syed Azlan Syed Ibrahim, Pengarah urusan PG Enterprise pula berharap agar ada pihak lain yang sudi untuk sama-sama membantu agar usaha kemasyarakatan ini diperluaskan ke kawasan lain juga.

“Saya lihat ini adalah satu usaha yang baik untuk kita hulurkan kepada masyarakat dan berharap agar dapat diperluaskan dari masa ke semasa”.

“Untuk hari ini, kami lakukan semburan di PPR Pudu Ulu sebagai satu usaha untuk mengurangkan penularan covid-19 dan juga demam denggi, diharap dengan usaha kecil ini dapat membantu menurunkan kadar jangkitan yang semakin tinggi di Selangor terutamanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: