Bisnes

Malaysia di tangga ketiga unjuran pertumbuhan KDNK 2021

Kuala Lumpur – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meletakkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun 2021 Malaysia sebanyak 7 peratus iaitu di tangga ketiga dunia.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz ketika berkongsi mengenainya berkata Malaysia berada di belakang India (11.5%) dan China (8.1%).

“Menurut IMF, unjuran ini disokong oleh faktor permintaan domestik dan luar negara, serta kesediaan program vaksinasi yang akan bermula Mac 2021. ⠀⠀⠀
⠀⠀⠀
“Oleh itu, kita semua haruslah terus berusaha untuk melandaikan lekuk bagi merealisasikan unjuran ini.

“Teruskan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) seperti yang telah dinasihat oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Insya-Allah, usaha kita pasti akan membuahkan hasil,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya lewat malam tadi.

Tengku Zafrul turut berkongsi Infografik ringkas kedudukan Malaysia berdasarkan unjuran pertumbuhan KDNK bagi 2021 oleh IMF.

Berdasarkan infografik tersebut, Malaysia berada pada kedudukan lebih baik berbanding negeri seperti Amerika Syarikat (5.1%), United Kingdom (4.5%), Jepun (3.1%), Rusia (3%) dan Itali (3%).

Dalam senarai 20 negara teratas, hanya Indonesia tersenarai iaitu pada kedudukan ke lapan iaitu unjuran pertumbuhan sebanyak 4.8 peratus.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: