Terkini

Peluang jadi sukarelawan kajian klinikal fasa 3 vaksin COVID-19 masih terbuka – KKM

KUALA LUMPUR- Peluang untuk menjadi sukarelawan dalam kajian klinikal fasa 3 Vaksin COVID-19 masih terbuka, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Dalam satu hantaran menerusi laman Twitter rasmi KKM, kementerian itu memaklumkan antara syarat yang diletakkan adalah pemohon perlu berusia 18 tahun ke atas dan sihat.

Mereka yang berminat dan mahukan maklumat lanjut boleh menghubungi antara sembilan hospital yang menjadi tapak kajian tersebut menerusi aplikasi WhatsApp iaitu Hospital Ampang, Selangor (016-7286617 dan Telegram); Hospital Umum Sarawak, Sarawak (012-3108108); Hospital Pulau Pinang, Pulau Pinang (014-9453599) dan Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang (014-9065518).

Selain itu, boleh juga menghubungi Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah (019-5544976); Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak (011-63311654); Hospital Taiping, Perak (019-5544976); Hospital Sungai Buloh, Selangor (011-10045343) dan Hospital Sultan Abdul Halim, Kedah (017-7931938, 017-7931987, 011-57669114).

Rata-rata maklum balas yang diterima Bernama apabila menghubungi talian-talian tersebut adalah borang perlu diisi secara dalam talian ataupun secara terus menerusi aplikasi WhatsApp sambil memberi pautan untuk maklumat lanjut, sebelum mereka mengambil tindakan seterusnya dan menghubungi pemohon.

Bagaimanapun, setakat ini tapak kajian di Hospital Ampang sudah mempunyai sukarelawan yang mencukupi, namun pihak terbabit memberi pautan untuk mengisi borang secara dalam talian bagi membolehkan mereka yang berminat dalam percubaan vaksin pada masa hadapan.

Pada 27 Jan, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dalam satu kenyataan berkata kajian klinikal fasa 3 vaksin COVID-19 dimulakan pada hari tersebut di sembilan hospital berkenaan melibatkan 3,000 sukarelawan.

Beliau berkata kajian klinikal itu ditaja oleh Institut Biologi Perubatan Akademik Sains Perubatan China (IMBCAMS) dengan objektif untuk menilai keselamatan dan keberkesanan vaksin terhadap jangkitan COVID-19.

Sembilan hospital yang terlibat dalam percubaan klinikal itu adalah di bawah penyelarasan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR). 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: