Luar Negara

Vaksin Pfizer Boleh Disimpan Suhu Biasa Peti Beku Farmaseutikal

WASHINGTON – Vaksin COVID-19 keluaran Pfizer yang dibekukan, boleh disimpan pada suhu biasa peti beku farmaseutikal untuk tempoh menjangkau dua minggu, menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS), semalam.

Ia sekali gus menyuntik kelonggaran berbanding sebelum ini yang memerlukan vaksin terbabit disimpan pada suhu ultra rendah antara -80 hingga -60 darjah Celsius.

Pengarah Pusat Penyelidikan dan Penilaian Biologi FDA, Peter Marks, berkata langkah itu dapat membantu mempermudahkan proses pengangkutan dan penyimpanan vaksin berkenaan.

“Suhu alternatif bagi pengangkutan dan penyimpanan itu akan membantu mengurangkan beban membeli peralatan simpanan dengan suhu ultra rendah di lapangan vaksinasi, selain membolehkan vaksin berkenaan dihantar ke lebih banyak tempat,” katanya.

Susulan itu, FDA memaklumkan, pihaknya akan mengemas kini lampiran fakta kepada penyedia penjagaan kesihatan dari semasa ke semasa.

Peti beku farmaseutikal dalam pasaran ketika ini lazimnya beroperasi pada suhu sekitar -20 darjah Celsius.

Langkah kelonggaran itu menyusul selepas syarikat farmaseutikal berpangkalan di AS itu mengemukakan permohonan berdasarkan penyelidikannya terhadap aspek kestabilan vaksin berkenaan ketika berada bawah suhu lebih panas.

Vaksin itu dihasil menggunakan teknologi baharu dan sebaik saja nyahbeku, boleh disimpan pada suhu peti sejuk antara 2 hingga 8 darjah Celsius hingga lima hari.

Selain itu, ia boleh disimpan pada suhu bilik bagi tempoh tidak melebihi dua jam. – Agensi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: