Kuala Lumpur – Penghibur popular tanah air Datuk Afdlin Shauki dan penyanyi rap, Altimet sah menyertai PKR sebagai wadah perjuangan politik mereka.
Afdlin berkata semangat kental Presiden PKR Anwar Ibrahim menjadi sumber inspirasinya.
“Jiwa besar Datuk Seri Anwar dalam memaaf dan menerima kembali orang yang pernah masukkan beliau dalam penjara merupakan hal yang membuka mata dan fikiran saya.
“Datuk Seri Anwar tidak pernah lelah dalam perjuangannya, begitu dedikasi dan komited untuk membela rakyat di sebalik kesengaraan yang beliau dan keluarga lalui.

“Nilai yang ada dalam diri Datuk Seri Anwar itu membuatkan saya tidak fikir panjang untuk menyertai PKR,” kata Afd
Sementara itu, Afdlin berkata keputusannya menyertai PKR atas kemahuannya sendiri walaupun dia pernah bersama wadah politik Umno.
“PKR adalah parti yang menjaga semua kaum walaupun ketuanya orang Melayu. Inilah wadah yang saya dambakan.
“Orang Melayu menjadi ketua tanpa mengabaikan hak serta kebajikan kaum-kaum lain.

“Dan Datuk Seri Anwar adalah pemimpin yang sentiasa mengutamakan rakyat pelbagai kaum.
“Sebagai rakyat Malaysia, pemimpin sebegini yang negara perlu ada,” kata Afdlin.
Dalam masa sama, Altimet yang berada dalam program tersebut juga turut mengumumkan menyertai PKR.
