Terkini

1,300 ayam segar disumbangkan di PKPD Sri Penara

Kuala Lumpur – Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamaruddin Jaafar hari ini menyampaikan sumbangan lebih kurang 1300 ekor ayam segar kepada penduduk Pangsapuri Sri Penara (Blok C dan D) yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 28 Mei lalu.

Agihan sumbangan akan dibuat secara berperingkat dengan mengikut SOP yang ditetapkan.

Dalam masa sama, beliau turut meninjau bekalan makanan yang disediakan dan turut diberikan taklimat mengenai keadaan semasa PKPD blok terlibat.

“Sebanyak 1300 ekor ayam disumbangkan untuk penduduk yang terlibat PKPD, ini kerana mereka perlu duduk di rumah dan tidak dibenarkan keluar berikutan kes positif dan kadar keboleh jangkitan yang tinggi.

“Setakat ini, tiada sebarang masalah atau aduan dan setiap penduduk memberi kerjasama yang baik.

“Bagi bantuan keperluan asas yang lain, setakat ini mencukupi dan banyak pihak yang menyumbang termasuk orang perseorangan.

Mengulas lanjut katanya, pengagihan bakul makanan telah diedarkan kepada semua unit dan penduduk juga boleh memohan bekalan tambahan sekiranya kehabisan stok.

Terdahulu, Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di pangsapuri Sri Penara hingga 10 Jun ini.

Ianya berikutan terdapat 111 kes positif Covid-19 selepas 123 penghuni apabila disaring.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: