Politik

Awang Hazim selar kenyataan Akmal Nasir, tiada modal `serang’ Suhaili

Kenyataan dangkal Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd. Nasir cuba membangkitkan isu pelantikan Suhaili menyandang lima jawatan dalam MARA ‘seolah-olah menekap mata dan telinga’ enggan mendapatkan maklumat sebenar.

Begitulah apa yang diterjemakan dalam komentar tulisan Awang Hazim Bin Awang Basir, Ahli PPBM Membakut.

Awang Hazim Bin Awang Basir, Ahli PPBM Membakut


Jelasnya pelantikan Suhaili adalah atas kapasiti beliau sebagai Pengarah Eksekutif MARA Corp dan sebagai ahli pengurusan syarikat-syarikat MARA Corp.


Menjadi kelaziman untuk mana-mana pengarah eksekutif sebuah syarikat induk dilantik sebagai salah seorang pengarah dalam anak syarikatnya seperti mana berlaku di syarikat lain. Ia bukan suatu perkara luar biasa serta pelanggaran integriti.


“Sekalipun Suhaili merupakan orang politik selaku Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kewibawaannya itu diyakini dapat memberikan nilai tambah kepada pengurusan subsidiari tersebut.

“Ini apabila pelantikan yang dibuat bukan sahaja atas dasar ekonomi, malah turut mengambil kira faktor sosial apabila sebahagian besar aktiviti komersial syarikat berkait rapat dengan polisi kerajaan seperti pendidikan” katanya.


Dakwaan Akmal Nasrullah atau lebih dikenali sebagai Akmal Nasir yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru itu, sebenarnya tiada satu pun hujah berasas apabila beliau mempergunakan isu ‘salah guna kuasa dan membangkitkan soal pulangan atau elaun’ diterima oleh Suhaili.


Jelasnya lagi, adakah Akmal Nasir maklum bahawa anak syarikat MARA tidak disenaraikan di Bursa Malaysia? Mengikut The Malaysian Code on Corporate Governance (MCCG) iaitu berkenaan kod etika komposisi pelantikan ahli-ahli pengarah syarikat, ia tidak terpakai sama sekali dalam kalangan anak syarikat agensi tersebut.


Meskipun kod tidak terpakai, itu tidak bermakna anak syarikat MARA dan MARA Corp tidak telus. Ia memandangkan mereka sentiasa menjadikan MCCG sebagai sumber rujukan utama dalam usaha meningkatkan ketelusan syarikat, di samping merujuk dengan menggunapakai amalan The Green Book Structuring A High Performance Board diterbitkan Khazanah.


Malah, Lembaga Pengarah MARA Corp. telah bersetuju bahawa semua pengarah bebas boleh dilantik sebagai pengarah bukan bebas dalam mana-mana anak syarikat dengan syarat mereka adalah golongan profesional, mempunyai kepakaran serta pengalaman industri.


Berbekalkan elemen itulah Suhaili dilantik yang bertujuan supaya dapat membantu anak syarikat dan sebagai semak dan imbang dalam pengurusan organisasinya.

Ia selaras pelan rasionalisasi bagi meningkatkan daya saing dan mengekalkan daya tahan khususnya dalam mendepani cabaran semasa impak daripada pandemik Covid-19.


“Isu elaun diterima Suhaili turut dibangkitkan oleh Akmal Nasir dengan Ketua AMK itu hanya membangkitkan dakwaan tanpa mengemukakan bukti. Ia sekadar tuduhan semata-mata.

“Untuk pengetahuan umum, Suhaili selaku ahli pengurusan MARA Corp tidak menerima elaun bulanan seperti mana yang diterima oleh ahli lembaga pengarah yang lain – seperti mana disyaratkan oleh Kementerian Kewangan dalam perkara itu” tulisnya.


Jika soal integriti yang menjadi ‘bola tanggung’ Akmal Nasir, beliau sewajarnya menerima hakikat pelantikan Suhaili dipersetujui oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Majlis MARA.
Dan paling penting lagi, Suhaili melepasi tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sekali gus menjadikan isu integriti dan ketelusan bukan persoalan dalam pelantikannya mengisi jawatan berkenaan.


Tindak tanduk segelintir individu seperti Akmal Nasir yang suka membuat andaian, malah cuba berlagak hero bersandarkan sumber tidak sahih bukan sahaja memberi gambaran negatif terhadap institusi Bumiputera, tetapi lebih teruk lagi menjejaskan imej MARA.


“MARA tidak pernah berkompromi dalam isu integriti.

Malah terus menjunjung amanah dan integriti dalam menggerakkan pembangunan sosioekonomi Bumiputera.” terangnya lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: