Terkini

Jepun sumbang vaksin AstraZeneca

KUALA LUMPUR – Kerajaan Jepun akan menyumbang vaksin AstraZeneca yang dikeluarkan di Jepun kepada Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand, umum Menteri Luar Motegi Toshimitsu pada Selasa.

Menurut Kedutaan Jepun di Malaysia, menteri itu berkata, vaksin akan dihantar mulai Julai, jika keadaan mengizinkan dan akan segera membuat penyelarasan.

“Berdasarkan pengumuman Menteri Luar hari ini, Kedutaan Jepun di Malaysia akan terus bekerja sama rapat dengan kerajaan Malaysia untuk menyediakan vaksin kepada rakyat Malaysia.

“Ini bakal menjadi satu lagi lambang persahabatan antara Jepun dan Malaysia,” kata kedutaan dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, kerajaan Jepun antara yang menghulurkan bantuan kepada Malaysia untuk menangani pandemik Covid-19 termasuk menyumbang peralatan perubatan bernilai kira-kira AS$5 juta (RM20.59 juta) pada Januari lalu.

Jepun juga telah menghulurkan bantuan kemanusiaan bernilai kira-kira AS$2 juta (RM8.23 juta) kepada Malaysia melalui Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNCHR) dan Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC).

Bagi ASEAN, Jepun telah mengusulkan penubuhan Pusat ASEAN untuk Kesihatan Awam dan Penyakit Berjangkit bertujuan melindungi penduduk di rantau ini dan memberikan sokongan kewangan sebanyak AS$50 juta (RM205.85 juta) melalui Dana Integrasi Jepun-ASEAN (JAIF).

– Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: