Luar Negara

Varian Delta jadi varian dominan global – WHO

GENEVA – Varian Delta COVID-19, yang pertama kali dikenal pasti di India, menjadi varian dominan global, kata Ketua Saintis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Soumya Swaminathan, semalam.

Beliau juga menyuarakan kekecewaan atas kegagalan calon vaksin COVID-19, CureVac dalam percubaan untuk memenuhi standard keberkesanan WHO, khususnya selepas varian yang begitu mudah menular, meningkatkan keperluan untuk suntikan baharu yang lebih berkesan.

Britain melaporkan peningkatan jangkitan varian Delta, sementara pegawai kesihatan awam Jerman meramalkan ia akan cepat menjadi varian dominan di negaranya biarpun kadar vaksinasi meningkat.

Kremlin mengaitkan lonjakan kes COVID-19 dengan keengganan melakukan vaksinasi dan ‘nihilisme’ selepas rekod jangkitan baharu di Moscow, kebanyakannya berkaitan varian Delta meningkatkan kebimbangannya berkaitan gelombang ketiga.

“Varian Delta sedang bergerak menjadi varian dominan di seluruh dunia kerana kemampuan yang tinggi terhadap penularan,” kata Swaminathan pada sidang media.

Vaksin CureVac Jerman sebelum ini menunjukkan hasil tidak memberangsangkan dengan hanya berkesan 47 peratus, kurang 50 peratus keberkesanan ditetapkan WHO.

Syarikat itu mengatakan ia mendokumentasikan sekurang-kurangnya 13 varian yang beredar dalam populasi kajiannya.

Memandangkan vaksin mRNA yang serupa dari Pfizer-BioNTech dan Moderna mencatatkan kadar keberkesanan melebihi 90 peratus, Swaminathan menjelaskan dunia mengharapkan lebih banyak calon CureVac.

“Hanya kerana ia vaksin mRNA lain, kita tidak boleh anggap semua vaksin mRNA sama, kerana masing-masing mempunyai teknologi berbeza,” kata Swaminathan, sambil menambah satu-satu kegagalan menekankan keperluan percubaan klinikal yang lebih banyak untuk menguji produk baharu.

Beliau mengatakan Afrika tetap menjadi kawasan perhatian, biarpun hanya sekitar lima peratus jangkitan global baharu dan dua peratus kematian.

Kes baharu di Namibia, Sierra Leone, Liberia dan Rwanda meningkat dua kali ganda pada minggu lalu sementara akses kepada vaksin tetap kecil, kata Ketua Program Kecemasan WHO, Mike Ryan.

“Ini trajektori yang sangat penting. Keadaan yang tidak adil apabila pelbagai varian muncul, dengan peningkatan kemampuan penularannya, kita sudah meninggalkan sejumlah besar populasi, penduduk Afrika yang rentan, tidak dilindungi oleh vaksin,” katanya.

– AGENSI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: