Luar Negara

Mustahil Covid-19 buatan manusia – Pakar

BEIJING – Seramai 21 ahli sains China dan seorang pakar Britain yang bekerja di China telah berjaya membuktikan melalui penggunaan teori evolusi klasik bahawa virus Covid-19 bukanlah hasil buatan manusia, sebaliknya ia berasal dari persekitaran semula jadi.

Perkara itu terkandung dalam artikel On The Origin Of SARS-CoV-2-The Blind Watchmaker Argument yang diterbitkan dalam majalah akademik ‘Science China: Life Sciences’ versi bahasa Inggeris tajaan bersama Akademi Sains China dan Suruhanjaya Tabung Sains Alam Negara.

Penulis utama artikel tersebut, Profesor Wu Zhongyi dari Institut Sains Nyawa Universiti Sun Yat-sen menyatakan terdapat satu pandangan yang sudah diterima secara meluas iaitu evolusi spesies tidak bertujuan khas.

“Sebab spesies hanya mampu menyesuaikan diri dengan alam secara semula jadi ia tidak mungkin dapat ‘dihasilkan’. Sebaliknya ia perlu beransur-ansur mengubah suaikan diri bagi hidup dalam alam untuk suatu jangka masa lama, dan sering mengalami perubahan secara rawak.

Profesor Wu berkata, Covid-19 sebagai virus yang ‘sempurna’ ia pasti hasil daripada evolusi alam kerana sehebat mana pun seseorang ahli sains itu belum tentu dapat ‘mencipta’ suatu virus yang boleh menyesuaikan diri dengan manusia dalam keadaan sempurna.

Contohnya, pengusaha telefon bimbit paling berprestij dan berpengalaman tidak akan dapat menghasikan reka bentuk produk paling popular di dunia di peringkat awal.

Hakikatnya, produk yang ‘sempurna’ hanya boleh muncul selepas melalui ujian pasaran dan penggunaan berulang kali.

Sesetengah hasil kajian secara tidak langsung telah membuktikan kebenaran pandangan tersebut. Sebenarnya tikus tidak terjangkit Covid-19, namun ahli sains mengambil langkah untuk mencari varian yang boleh menjangkiti tikus.

Disyorkan artikel berkaitan ini:
Kluster Tembok Dua di Tawau catat 159 kesDua Kit Ujian Kendiri Covid-19 dapat kelulusan bersyaratAhli FDAM bakal dapat vaksin berkelompok
Namun, varian dipilih manusia ini tidak dapat mencetuskan penularan besar-besaran dalam kelompok tikus.

Sebelum ini, pasukan petugas Profesor Wu pernah mengeluarkan satu model evolusi Covid-19. Menurut model tersebut, tempat asal usul (PLO) Covid-19 dikenal pasti di kawasan terpencil yang kurang kegiatan manusia, Covid-19 dapat bersaing dengan virus lain dalam memilih perumah binatang yang berbeza.

Kemudian, secara kebetulan Covid-19 tersebar ke suatu kumpulan penduduk yang belum membentuk imuniti kelompok sehingga menjadikannya kumpulan pertama terjejas apabila wabak tercetus.

– Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: