Terkini

Mohd Redzuan Dilantik Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Peneraju

Kuala Lumpur – Pelantikan Ahli Lembaga Pemegang Amanah baharu membantu memacu pertumbuhan modal insan yang kompeten dan berdaya saing di sektor kritikal

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju), mengumumkan pelantikan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (LPA) yang baharu dan mempengerusikan mesyuarat LPA kali pertama pada 13 Julai 2021.

Ahli LPA lain yang dilantik ialah Timbalan Pengerusi, Datuk Saiful Anuar Lebai Hussen, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Ghafar
Mahmud, mantan Ketua Pengarah Pelajaran serta Pengerusi Yayasan Sarana Pendidikan
Malaysia, dan Datuk Yasmin Mahmood, Pengerusi Heriot-Watt University Malaysia serta
Skymind Holdings Bhd.

Datuk Seri Dr Noraini Ahmad

Yayasan Peneraju, badan yang berperanan memimpin bakat Bumiputera dengan kemahiran yang futureproof, mengatakan bahawa pelantikan Ahli LPA baharu itu diharapkan dapat mempercepat aspirasi agensi itu dalam memupuk dan membangun modal insan dan menjadikan mereka berdaya saing dalam pelbagai sektor.

Yayasan Peneraju adalah sebuah badan yang diberi mandat untuk meningkatkan kualiti, kuantiti dan kerelevanan bakat Bumiputera dalam ekonomi berpendapatan tinggi melalui
pendidikan akademik, pensijilan TVET, profesional dan spesialis.

Selain Yayasan Peneraju, Mohd Redzuan yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), turut menerajui empat badan kerajaan lain di bawah portfolionya iaitu Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU), Agensi Pengurusan
Bencana Negara (NADMA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Unit Peneraju
Agenda Bumiputera (TERAJU).

Berlatar belakangkan sebagai jurutera awam terlatih, beliau mempunyai pengalaman luas di bidang kejuruteraan dan keusahawanan, di mana beliau pernah berkhidmat di beberapa
syarikat tempatan dan antarabangsa dan sebelum ini merupakan Menteri Pembangunan
Usahawan dan Koperasi.

Datuk Saiful Anuar Lebai Hussen

Datuk Saiful Anuar pula kini merupakan Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi (UPE) di Jabatan Perdana Menteri, dan Pengarah Bukan Eksekutif di Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas).

Beliau dijangka dapat menyumbang pengalaman luasnya dalam hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran, sumber manusia dan pembangunan sektor awam termasuk bertanggungjawab menyediakan Kajian Separuh Penggal untuk Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11), iaitu mengenai pembangunan dan kesejahteraan inklusif, pembangunan wilayah dan modal insan.

Yayasan Peneraju hingga kini berjaya melatih lebih dari 37,000 bakat seluruh Malaysia, melalui 276 program pembiayaannya dan mengurangkan jurang antara permintaan industri dengan menawarkan tenaga kerja berkualiti.

Ia juga merupakan salah satu agensi pembiayaan utama yang membangun dan membekalkan modal insan yang kompeten dalam pelbagai bidang termasuk perakaunan, kewangan, automotif, maritim, minyak & gas, mekatronik dan elektrikal & elektronik.

Tan Sri Dato’ Seri Abd Ghafar

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Yayasan Peneraju juga mula menceburkan diri dalam program teknologi baharu yang mendapat permintaan tinggi dari pasaran buruh seperti blockchain, keselamatan siber, pengkomputeran awan, pembangunan perisian, dan kejuruteraan data.

Ini sejajar dengan dasar IR4.0 Malaysia yang bertujuan meningkatkan kesediaan negara dalam revolusi industri dan menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.

Yayasan Peneraju optimis bahawa dengan pengalaman dan pengetahuan luas Ahli LPA baharu, bersama dengan majlis penasihat industri, rakan strategik, pengurus & rakan program serta institusi pengajian, program yang akan dilaksanakan akan terus memenuhi permintaan industri dan menyediakan peluang berpendapatan tinggi kepada semua segmen bakat Bumiputera.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: