Hiburan

Siti Sarah meninggal dunia

KUALA LUMPUR -Penyanyi terkenal Siti Sarah Raissuddin, 36, yang bertarung nyawa sejak Rabu lalu akibat jangkitan Covid-19 meninggal dunia sebentar tadi.

Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia, di sini.

Mengesahkan perkara itu, pengurus Siti Sarah, Nana Mohd Rom berkata Shuib kini dalam perjalanan ke hospital.

Siti Sarah pada Jumaat selamat melahirkan bayi lelaki yang merupakan anak keempat pasangan itu ketika menerima rawatan.

“Saya baru mendapat maklumat daripada Shuib bahawa Siti Sarah sudah meninggal dunia,” kata Nana.

Sementara itu, Shuib dalam hantaran di Instagramnya juga memaklumkan berita duka itu.

Siti Sarah dan Shuib sekeluarga positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas pembantu rumah mereka dijangkiti wabak tersebut.

Siti Sarah dimasukkan ke ICU selepas tahap oksigen semakin tidak stabil.

Pasangan itu yang mendirikan rumah tangga pada 2011 sebelum ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10 tahun, Dzahira Talita Zahra, 8 tahun, dan Ariq Matin, 6 tahun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: