Bisnes

Madbean Holdings sasar tembusi pasaran global

Cyberjaya – Syarikat pengeluar makanan ringan, Madbean Holdings mensasarkan produknya menembusi pasaran global menjelang 2022.

Pengarah Urusan, Mohd Taufik Khairuddin

Pengarah Urusan, Mohd Taufik Khairuddin, 30, menjelaskan, bermula dengan satu jenis biskut dengan nama ‘Zombie Cookies’, kini beliau berjaya mengeluarkan lebih 10 produk yang kebanyakkannya mendapat sambutan luar biasa.

“Kami bermula pada tahun 2018 dengan Zombie cookies dan Alhamdulillah ia merupakan produk biskut bumiputera pertama yang berada di pasaran Watson.

Bermula dengan 300 ejen jualan, kini Madbean bergerak pantas dengan pertambahan kepada 12 ribu ejen seluruh Malaysia dengan operasi 6 buah kilang bagi memenuhi permintaan yang semakin tinggi.

“Kami bermula dengan satu meja dan kini ada enam buah kilang, dengan 300 ejen dan kini ada 12 ribu, dari 5 orang rakan kongsi dan sekarang ada 30 orang.

“Setiap produk kami ada rakan kongsi tersendiri dan kami sasar penambahan jumlah ejen seramai 20,000 orang menjelang 2022” katanya.

Tambahnya lagi, setiap ejen mencatatkan keuntungan jualan antara RM3000 hingga RM5000 sebulan.

“Kami bermula dengan 100 ribu unit untuk produk pertama, dan sekarang ianya mencapai permintaan sehingga 2 juta unit setiap bulan” katanya ketika sidang media di pejabatnya.

Pengurus Pemasaran, Hanif Jamaluddin

Pengurus Pemasaran, Hanif Jamaluddin turut menambah target untuk memasarkan produk-produk di Indonesia, Brunei, Singapore, Thailand dan beberapa negara lain sepatutnya telah bermula sejak tahun lepas namun kekangan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuatkan perancangan tersebut terpaksa ditunda ke tahun hadapan.

“Sepatutnya, kami target untuk menembusi pasaran negara luar pada tahun lepas namum disebabkan PKP, kita bawa rancangan ini ke tahun hadapan.

“Kita jangka akan mampu membuka kilang pada awalnya di Indonesia bagi menampung permintaan disana nanti” katanya.

Antara produk Madbean Holdings yang mendapat sambutan tinggi dari pelanggan termasuk Mellow Cookies, Mellow Crunch, Viscoff Crunch, Baby Viscoff, Tachos dan aneka kek dari The Vanilla Bean.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: