Terkini

Parlimen kembali bersidang, Agong titip pantun nasihat

Kuala Lumpur – Parlimen kembali bersidang hari ini dengan pimpinan Perdana Menteri baharu, Datuk Seri Ismail Sabri selepas kemelut politik negara berlaku dengan menyaksikan perletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin bulan lalu.

Persidangan Palimen di Dewan Rakyat pagi tadi didahului dengan perasmian oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah. Ia secara rasmi merupakan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14.

Sebelum ini, Parlimen yang bersidang pada Julai lalu menerima tekanan apabila blok pembangkang membangkitkan isu pembatalan Ordinan Darurat yang didakwa diluar pengetahuan. Selain itu, persidangan yanv dilihat lebih bersifat taklimat telah menimbulkan kekecohan kerana fokus perbincangan kearah pengurusan pandemik dan ekonomi rakyat tidak dibahaskan.

Ekoran itu, persidangan ditangguhkan apabila dikatakan terdapat kes Covid-19 di Parlimen dan membawa krisis politik lain sehingga pelantikan Perdana Menteri baharu.

Titah Sultan Abdullah pagi tadi memaklumkan pelantikan Ismail sebagai Perdana Menteri kesembilan adalah berdasarkan perlembagaan dan penilaian yang tepat.

Tuanku juga menitipkan pantun ingatan kepada seluruh ahli parlimen dan menyeru agar fokus utama agenda negara dan rakyat wajiblah didahului.

Dewan Rakyat akan bersidang dari 14 September hingga 12 Oktober, sementara Dewan Negara akan bersidang dari 4 hingga 26 Oktober.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: