Terkini

KPDNHEP pantau harga ayam dan kit ujian covid-19

Teluk Intan – Pasukan pengaut kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya dan negeri Perak telah melakukan pemantauan harga ayam dan kit ujian Covid-19.

Pemantauan yang dilakukan di sekitar kawasan Teluk Intan dan Hutan Melintang itu diketuai oleh YBrs. Tuan Azman bin Adam, Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP.

Melalui hasil penguatkuasaan dan pemeriksaan yang efektif, peniaga di pasar awam tersebut bersetuju untuk menurunkan harga ayam daripada RM10.50 sekilogram kepada RM9.50 sekilogram.

“Harga ayam di semua peringkat akan terus dipantau dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada pihak yang cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan secara tidak munasabah” katanya.

Jelasnya, mana-mana pihak yang didapati menaikkan harga dengan tujuan untuk mencatut akan dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

Tambahnya, KPDNHEP telah mengambil beberapa pendekatan berhubung isu kenaikan harga jualan ayam di pasaran dengan memastikan sesi libat urus dengan penternak dan peladang ayam disamping
pemeriksaan menyeluruh oleh Pegawai Penguat Kuasa di semua peringkat rantaian bekalan ayam dan tindakan oleh Pasukan Petugas Khas Putrajaya bagimenangani
isu kenaikan harga ayam di pasaran.

Dalam masa yang sama, pemantauan penguatkuasaan harga maksimum kit ujian pantas antigen Covid-19 (ujian sendiri) turut dilakukan ke beberapa farmasi di sekitar Teluk Intan dan Hutan Melintang.

Hasil pemeriksaan itu mendapati, kit ujian pantas tersebut dijual tidak melebihi harga maksimum yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu di peringkat borong adalah
RM16.00 manakala di peringkat runcit RM19.90.

KPDNHEP akan terus memantau harga ayam dan kit ujian pantas ini
secara berterusan untuk memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan lebih-lebih lagi dalam musim pandemik ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: