Gaya Hidup

Shoppe Malaysia lancar ShopeeFood

KUALA LUMPUR – Shopee pada hari ini telah mengembangkan perkhidmatannya dengan penambahan ShopeeFood di Malaysia, yang boleh diakses menerusi ikon ShopeeFood di halaman utama aplikasi Shopee.

Dengan ini, para pengguna dapat membeli semua keperluan mereka, termasuk penghantaran makanan, melalui Shopee.

Perkhidmatan ini, yang akan dilancarkan secara berperingkat, akan disediakan kepada lebih 8 juta rakyat Malaysia yang menetap di Lembah Klang bermula 24 September, dengan ini menawarkan akses kepada pelbagai kedai makanan termasuk restoran-restoran popular seperti A&W, Burger King, Nando’s, Starbucks dan Tealive, serta gerai-gerai makanan tempatan.

Terence Pang, Ketua Pegawai Operasi Shopee berkata, “Kami gembira dapat menambahkan penghantaran makanan sebagai sebahagian daripada pengalaman di Shopee. Rakyat Malaysia kini dapat membeli segala barang keperluan mereka di atas talian, menikmati hiburan di Shopee Live, bermain permainan kegemaran mereka di Shopee Prizes, dan juga menggunakan aplikasi kami untuk memenuhi keinginan makanan mereka.” 

Pang menambah, “Perkhidmatan baharu ini turut membolehkan peniaga makanan dan minuman untuk berpindah ke atas talian bagi menjangkau lebih ramai pelanggan, sekali gus memacu pertumbuhan jangka panjang peniaga tersebut. Kami berharap para pengguna dan rakan niaga kami akan menikmati penggunaan ShopeeFood. Kami akan terus menaik taraf platform dan perkhidmatan kami agar dapat memenuhi keperluan semua orang dengan lebih baik.”

Sebagai sebahagian daripada pelancarannya, ShopeeFood akan memberikan baucar Penghantaran Percuma dengan pembelanjaan minimum RM0 dan baucar diskaun bernilai hingga RM8 kepada pengguna-pengguna baharu. Dari 24 hingga 28 September, ShopeeFood akan menawarkan tawaran makanan RM10 ke bawah untuk nilai yang lebih hebat, sementara stok masih ada. Lebih banyak promosi ShopeeFood akan diumumkan melalui laman Instagram mereka, @shopeefood_my. 

Para pengguna yang mengunjungi aplikasi Shopee juga akan dapat menikmati sambutan Shopee 10.10 Jualan Berjenama yang sedang berlangsung hingga 10 Oktober, dengan lebih banyak tawaran dan promosi pada 25 September Jualan Hari Gaji dan hari 10.10 Jualan Berjenama. Festival membeli-belah ini menawarkan Baucar Penghantaran Percuma dengan pembelanjaan minimum RM10 dan 50% Diskaun Jenama Terkenal. Para pengguna juga berpeluang untuk Tekan dan Menang sebuah kereta Toyota Vios. 

Di samping itu, para pembeli juga bakal disajikan dengan hiburan apabila mereka menonton Shopee Live dan Astro Ria pada 21 dan 28 September, serta 5 Oktober pada jam 9 malam untuk menyaksikan MeleTOP Bersama Shopee 10.10 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad, Shiha Zikir, Issey Fazlisham dan Zulin Aziz. Pada 9 Oktober jam 9 malam, para pengguna dapat menyaksikan Shopee TV Deals – 10.10 Brands Festival Show yang berlangsung di Shopee Live dan TV3. Dalam rancangan ini, para pembeli akan mendapat 3 peluang tambahan untuk Tekan dan Menang sebuah Toyota Vios, serta menuntut 10.10 Only Vouchers yang memberikan diskaun hingga 95% daripada jenama-jenama kegemaran mereka.

Shopee 10.10 Jualan Berjenama menjadi lebih menarik dengan adanya tiga duta jenama tempatan, bermula dengan Alif Satar yang akan memulakan festival membeli-belah ini, manakala dua orang duta lagi akan diumumkan apabila tiba waktunya.

Menambahkan keceriaan kepada festival membeli-belah ini, para pengguna ShopeePay berhak menerima hingga 10,101 Syiling Shopee setiap kali mereka menambah nilai dompet mudah alih mereka dari 2 hingga 9 Oktober. Nilai ini akan ditambah sebanyak 3 kali ganda semasa ShopeePay Day pada 1 Oktober. Lebih menarik lagi, para pengguna juga boleh menggunakan Syiling Shopee untuk menikmati lebih penjimatan bagi pesanan ShopeeFood mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai ShopeeFood, layari https://shopee.com.my/m/shopeefood

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: