Politik

Rafizi rasmi menang Timbalan Presiden PKR

Kuala Lumpur – Keputusan rasmi yang dikeluarkan PKR bagi pemilihan pucuk pimpinan parti, mengesahkan bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli adalah Timbalan Presiden baharu parti itu.

Pengarah jawatankuasa pemilihan parti (JPP) PKR, Dr Zaliha Mustafa mengakui bahawa audit forensik telah menemui percubaan menggodam oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mempengaruhi keputusan pemilihan.

Katanya, firma audit telah mencadangkan supaya keputusan itu dibersihkan dan dijalankan oleh jawatankuasa itu mengikut penemuan analisis digital.

“Bagaimanapun (pembersihan) tidak menjejaskan keputusan majoriti calon sama ada di peringkat pusat atau bahagian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kiraan rasmi terakhir menunjukkan Rafizi memenangi saingan dengan majoriti 16,668 undi mengatasi Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Ia sekali gus membuktikan kemenangan Rafizi dan beberapa lagi yang lain, tidak berubah selepas audit forensik dilakukan.

Keputusan rasmi juga mengesahkan bahawa empat Naib Presiden yang dipilih ialah (mengikut susunan kronologi), Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Ahli Parlimen Tanjong Malim Chang Lih Kang, Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad, dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: