Terkini

Jasad Kalwant Singh dibawa balik ke Cameron Highlands hari ini

Singapura – Rakyat Malaysia yang didakwa mengedar dadah di Singapura, Kalwant Singh telah dihukum gantung pagi tadi seperti dijadualkan dan jasadnya akan dibawa pulang ke Cameron Highlands, hari ini.

Menurut seorang penulis dan aktivis yang menentang hukuman mati di Singapura, Kokila Annamalai memaklumkan jasad mendiang akan diuruskan di Chapel of Peace, 38 Sin Ming Dr, Singapura dan majlis penghormatan terakhir diadakan dari jam 1 hingga 3 petang ini.

“Selepas itu keranda membawa jasad mendiang dengan diiringi ahli keluarganya akan bertolak ke Cameron Highlands, di mana dia akan disemadikan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Menurutnya, warga Singapura Norasharee Gous yang didakwa bersama Kalwant dan dijatuhi hukuman yang sama hari ini diuruskan di Masjid Pusara Aman, 11 Lim Chu Kang Rd, pada jam 11 pagi tadi.

“Kepada yang mengenali dan ahli keluarga mereka dialu-alukan untuk datang ke kedua-dua majlis perpisahan ini dan berkongsi kesedihan mereka, dan memberi penghormatan terakhir kepada mereka,” katanya.

Terdahulu Mahkamah Rayuan Singapura, kelmarin menolak rayuan terakhir Kalwant Singh, sekali gus menyebabkan tertuduh akan menjalani hukuman gantung sampai mati seperti yang dijadualkan hari ini.

Kalwant, 32, dijatuhkan hukuman mati pada 1 Jun 2016 atas kesalahan mengedar dadah.

Sabitan dan hukuman dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada tahun yang sama, dan berdasarkan keputusan hari ini pelaksanaan hukuman akan dijalankan mengikut jadual.

Kalwant yang berasal dari Cameron Highlands, Pahang ditahan di Singapura pada 24 Oktober 2013 dan disabitkan kesalahan memiliki 60.15 gram diamorphine dan mengedar 120.9 gram dadah jenis itu.

Kalwant memfailkan usul kepada Mahkamah Rayuan bagi penangguhan pelaksanaan hukuman serta semakan terhadap sabitan dan hukumannya.

Permohonan penangguhan hukumannya didengar Ketua Hakim Sundaresh Menon; Hakim Andrew Phang Boon Leong; dan Hakim Tay Yong Kwang melalui platform Zoom.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: