Sukan

Villarreal buka akademi bola sepak di Malaysia Ogos ini

Kuala Lumpur – Akademi Villarreal Malaysia bakal dilancar di Kuala Lumpur pada Ogos ini, sekali gus menjadi satu lagi platform mencungkil ‘ubi muda’ seawal usia tiga sehingga 21 tahun.

Ia juga bakal memberi peluang kepada pelatih untuk menimba pengalaman di Sepanyol bersama kelab La Liga tersebut.

Akademi Villarreal Malaysia memiliki kepakaran 20 tenaga kejurulatihan yang mampu mengendalikan lebih 400 pemain.

Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Villarreal Malaysia, Massimo Giannelli berkata pemain muda Malaysia akan menjalani latihan berdasarkan metodologi bola sepak Eropah selain berpeluang ke Sepanyol untuk berlatih mahupun menyertai perlawanan persahabatan menentang akademi lain.

“Kami mahu menubuhkan Akademi Villarreal Malaysia sebagai program pembangunan terbaik di negara ini.

“Misi kami adalah menjadi einklusif mungkin dan menawar program kepada semua orang dan menanamkan rasa cinta terhadap bola sepak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pengarah urusan akademi itu, Jonathan Abishegam pula berkata, program terbabit adalah untuk semua termasuk kepada pemain lelaki mahupun wanita.

“Sama ada mereka mahukan program rekreasi untuk bermain bersama rakan atau pemain muda yang berhasrat untuk beraksi di Eropah, mereka akan beroleh peluang itu di sini,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: