Luar Negara

Rakyat Malaysia pertama dijangkiti cacar monyet di Singapura

Kuala Lumpur – Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura mengesahkan satu kes tempatan jangkitan cacar monyet di negara berkenaan membabitkan seorang warganegara Malaysia berusia 45 tahun yang menetap di Singapura.

Lelaki berkenaan disahkan positif cacar monyet semalam, dan kini dimasukkan ke wad di Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID) dan keadaannya dilaporkan stabil.

MOH Singapura dalam satu kenyataan, memaklumkan kes berkenaan bagaimanapun tidak berkaitan dengan kes import yang diumumkan pada 21 Jun lalu.

“Pesakit ini mula mengalami masalah kulit bahagian bawah perut pada 30 Jun lalu dan kemudiannya mengalami keletihan, selain bengkak kelenjar pada 2 Julai lalu.

“Pada 4 Julai, dia mengalami demam dan sakit tekak serta mendapatkan rawatan perubatan di mana ujian awal yang dijalankan adalah untuk penyakit lain.

“Apabila ujian ini kembali negatif, dia kemudiannya dihantar ke NCID pada 6 Julai, di mana dia diasingkan untuk penilaian lanjut,” menurut kenyataan itu, semalam.

Menurut kenyataan itu lagi, sehingga semalam, tiga kontak rapat telah dikenal pasti membabitkan dua rakan serumah dan satu kontak sosial.

“Semua kontak rapat akan dikuarantin selama 21 hari dan pengesanan kontak rapat lain sedang dijalankan.

“MOH Singapura akan terus memantau situasi cacar monyet dengan teliti dan menentukan kesiapsiagaan dan langkah tindak balas mengikut keperluan,” katanya.

Cacar monyet adalah penyakit jangkitan virus lazimnya pesakit akan pulih dalam tempoh dua hingga empat minggu, namun sebilangan kecil pesakit boleh alami jangkitan serius atau mati. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: