KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menyalurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa banjir di Baling, Kedah.
Hujan lebat berterusan yang berlaku pada 4 Julai yang lalu menyebabkan banjir kilat melanda beberapa kawasan di daerah Baling yang telah mengakibatkan kehilangan jiwa dan kerosakan
harta benda penduduk di kawasan yang terlibat.
Menurut Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP, bantuan ini akan disalurkan menerusi Yayasan Taqwa MAIWP dengan kerjasama kerajaan negeri Kedah yang melibatkan dana zakat berjumlah RM1.062 Juta meliputi:
• Bantuan Bina Rumah sebanyak RM270,000.00 bagi tiga (3) buah rumah yang terjejas
teruk;
• Bantuan Tunai RM1,000.00 dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM672,000.00
kepada 672 ketua keluarga terlibat;
• Bantuan Baiki dan penggantian perabot yang rosak sebanyak RM70,000.00
kepada Sekolah Menengah Agama Yayasan Al-Khairiah; dan;
• Bantuan baiki dan penggantian peralatan masjid dan surau yang terjejas sebanyak
RM50,000.00.
MAIWP berharap menerusi bantuan ini, dapat meringankan beban dan dapat memberikan
sedikit kelegaan kepada mangsa banjir menjelang Aidiladha yang bakal menjelang tiba.