Kuala Lumpur – Sambutan ulang tahun ke-2 dengan tawaran hadiah bernilai lebih RM122,222 termasuk iPhone 14 Pro tersedia untuk dimiliki. Restoran makanan segera Malaysia, Pop Meals kini menyambut ulang tahun keduanya dengan 81 peratus kadar pelanggan setia mereka.
Sejak dibuka pada November 2020, jenama makanan segera Malaysia itu telah menyediakan lebih daripada 2 juta hidangan menerusi 32 cawangan miliknya. Jenama ini bertuah kerana popularitinya semakin meningkat disebabkan hebahan daripada mulut ke mulut dan daripada pelanggan setia mereka yang terus menyokong pembelian produk jenama ini.
Pengurus Besar Pop Meals Shaik Ali Bajunid berkata, lapan daripada 10 pelanggan Pop Meals kembali semula dalam beberapa hari ke cawangan mereka untuk membeli hidangan seterusnya dan kebanyakan pelanggan baharu itu mengetahui berkenaan jenama itu daripada keluarga dan rakan mereka.
“Situasi ini amat menggalakkan kami kerana industri makanan segera di Malaysia sangat kompetitif dan pengguna tempatan mempunyai persepsi bahawa makanan segera itu biasanya adalah hidangan seperti pizza, burger dan ayam goreng. Tidak banyak yang akan berfikir menu seperti Mac & Cheese, Ayam Buttermilk Telur Masin atau Nasi Ayam Kicap Sambal Gesek apabila mereka bercakap berkenaan makanan segera. Perbezaannya disini adalah jenama Pop Meals menyajikan makanan segera lazat “dicipta khas untuk rakyat Malaysia dengan kaedah penyediaan yang pantas” kata Shaik Ali.
Beliau turut memberitahu bahawa apabila Pop Meals kini sudah dua tahun memasuki pasaran, oleh itu jenama ini tahu bahawa pihaknya perlu menawarkan sesuatu yang sangat istimewa untuk meraih perhatian orang ramai. Ia pada awalnya bermula dengan mencipta menu yang didorong sepenuhnya oleh pengumpulan data dan maklum balas pelanggan.
“Hidangan POPular” diminta oleh pelanggan dan dilancarkan pada “carta Pop”, kemudian memasuki ranking menu makanan yang ditawarkan di mana-mana kawasan kejiranan. Kedudukan menu adalah bersifat dinamik dan berubah berdasarkan populariti terkini. Pelanggan kemudian mengundi untuk menentukan sama ada hidangan itu kekal pada carta atau dibawa keluar daripada carta menu. Beribu-ribu pelanggan juga turut meninggalkan maklum balas setiap hari melalui aplikasi disediakan sebagai maklum balas kepada chef penyelidikan dan pembangunan (R&D) Pop Meals, agar mengambil langkah berterusan menambah baik hidangan supaya menu kegemaran mereka kekal di Carta Pop.
Ini adalah salah satu cara Pop Meals mewujudkan jenama yang lari daripada identiti rangkaian restoran makanan segera terkemuka.
Satu lagi yang boleh dinikmati ialah melalui pengalaman aplikasi permainan mereka, menerusi setiap pembelian, pelanggan layak mendapat balingan dadu untuk mengambil bahagian dalam permainan “Snacks & Ladders” Pop Meals. Setiap lontaran membawa mereka selangkah ke hadapan untuk memperoleh ganjaran seperti minuman percuma, makanan ringan, pencuci mulut dengan nilai ganjaran semakin tinggi apabila pelanggan maju ke hadapan di dalam permainan ini.
“Pelanggan akan teruja untuk terus membuat pembelian kerana ganjaran adalah bermusim dan nilainya semakin tinggi apabila semakin banyak pembelian yang dibuat mereka. Ulang tahun kedua kami akan menjadi pemberian terbesar dengan lebih daripada RM122,222 ganjaran diberikan dalam masa sebulan sahaja termasuk iPhone 14 Pro dan tawaran hidangan sepanjang tahun”, kata Shaik.
Untuk mengambil bahagian, pengunjung hanya perlu memesan melalui aplikasi Pop Meals atau mengunjungi laman web www.popmeals.com.my. Setiap hidangan melayakkan mereka untuk melemparkan dua dadu pada permainan Snacks & Ladders untuk mendapat peluang memenangi hadiah menarik ini.