Politik

Rina Harun muktamad calon Bersatu di Sepang

Kuala Lumpur – Bersatu hari ini mengumumkan Ketua Wanitanya, Rina Harun akan bertanding di Parlimen Sepang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dalam majlis Jelajah Prihatin Parlimen Sepang pada malam ini. 

Rina merupakan penyandang kerusi Parlimen Titiwangsa selepas memenanginya pada PRU14 di bawah Pakatan Harapan menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Johari Abdul Ghani dan calon PAS Mohamad Nor Mohamad.

“Siapa calon PN di Sepang? Dengan ini saya umumkan Rina sebagai calon PN di Parlimen Sepang. 

“Sah. Ini presiden (parti) sendiri (yang) umum,” kata Muhyididin. 

Rina akan bertanding menentang calon Pakatan Harapan (PH) Aiman Athirah dan Che Asmah Ibrahim dari Gerakan Tanah Air (GTA).

Setakat ini, Barisan Nasional (BN) masih belum mengumumkan calon bagi kerusi itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: