Politik Terkini

Ustaz Kazim tarik diri bertanding di Larut

Kuala Lumpur – Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias menarik diri daripada bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) di Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum (PRU15).

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Ustaz Kazim akan digantikan oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno Bahagian Larut, Mohd Shafiq Fhadly Mahmud.

“Ustaz Kazim menarik diri pada saat akhir dan digantikan dengan Mohd Shafiq,” katanya pada sidang media mengumumkan barisan calon BN Perak bagi PRU15, hari ini.

Semalam, pencalonan Ustaz Kazim diumumkan sendiri Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Pengumuman Bakal Calon Parlimen BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Pemilihan tokoh agama itu berdasarkan populariti dan pengaruhnya di Perak yang dilihat sesuai untuk berdepan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin di Larut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: