Luar Negara

Lambaian Terakhir Ardern Sebagai PM New Zealand

AUCKLAND – Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern membuat penampilan di khalayak ramai buat kali terakhir pada Selasa sebelum beliau berundur sebagai perdana menteri hari ini.

Beliau bersama penggantinya Chris Hipkins dan Ahli Parlimen yang lain menghadiri mesyuarat di Ratana di sebuah pulau di utara negara itu.

“Saya ingin anda semua tahu apa yang menjadi pengalaman paling berharga buat saya sepanjang menjalankan tugas untuk negara dan rakyat adalah kasih sayang, empati dan kebaikan.

“Itulah nilai yang telah ditunjukkan oleh majoriti rakyat di New Zealand kepada saya dan saya ingin anda tahu bahawa saya meninggalkan tugas ini dengan penuh rasa sayang yang tidak terhingga untuk Aotearoa New Zealand dan penduduknya berbanding ketika saya bermula…

“Terima kasih yang tulus daripada hati saya atas semua keistimewaan sepanjang hidup saya ini,” katanya dalam ucapan pada pertemuan itu, lapor Agensi Anadolu.

Pada minggu lalu Ardern membuat kejutan dengan mengumumkan peletakan jawatannya dan tidak akan bertanding semula pada pilihan raya akan datang.

Penggantinya Hipkins dijangka mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada Rabu, menurut media kerajaan.

Bagaimanapun, Ardern akan terus berkhidmat sebagai Ahli Parlimen sehingga April bagi mengelak pilihan raya kecil, memandangkan pilihan raya umum dijadualkan pada 14 Oktober 2023.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: