Terkini

Lebih 670 Ribu Pengguna SESB Bakal Terima Rebat Bil Elektrik

KOTA KINABALU – Seramai 672,624 pengguna Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan menerima 2.5 peratus rebat daripada jumlah deposit elektrik yang telah dibayar mereka, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Yaakob Jaafar.

Beliau berkata pemulangan rebat berjumlah RM9.1 juta itu akan dikreditkan terus ke dalam akaun bil elektrik pengguna pada bulan ini dan Februari ini melibatkan semua pengguna yang membuat pembayaran deposit secara tunai di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Faedah ini seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pembayaran deposit itu adalah sebagai sekuriti kepada kerosakan atau untuk menjelaskan hutang tertunggak apabila pengguna menamatkan kontrak bekalan selaras dengan peraturan 5(5) Peraturan-Peraturan Bekalan Pemegang Lesen 1990.

Mohd Yaakob berkata penambahan deposit hanya akan dikenakan sekiranya terdapat peningkatan penggunaan elektrik secara purata bagi enam bulan berbanding deposit sedia ada, dan akan disemak setiap enam bulan.

Katanya pengguna boleh menghubungi talian SESB Careline 15454 atau 088-515000 sekiranya memerlukan penjelasan atau pengguna boleh muat turun aplikasi mySESB melalui telefon bimbit untuk mendapatkan info terkini mengenai perkhidmatan SESB.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: