Politik Terkini

Suara wanita perlu diangkat dalam MKT Umno – DS Shahaniza Shamsuddin

Kuala Lumpur – “Bukan melawan orang lelaki, tetap kredibiliti seorang wanita harus setanding atau lebih baik dan perlu ditonjolkan agar nampak seiring”.

Begitulah visi dan semangat Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin yang tuntas dalam memastikan pemikiran dan tanggapan bukan hanya berasaskan gender namun perlu melihat kepada kemampuan dalam memastikan gerak kerja bersama dapat dicapai.

Shahaniza yang menawarkan diri bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada pemilihan parti berkata, pencalonan golongan wanita dalam pemilihan kali ini pastinya menambah suara kaum hawa agar lebih lantang dalam MKT supaya tidak ketinggalan dalam dasar-dasar parti pada masa akan datang.

“Keputusan ini dibuat selepas saya melihat UMNO pada ketika ini sedang berdepan krisis kepercayaan bukan sahaja dalam kalangan rakyat malah ahli parti ini sendiri.

“Jadi, adalah penting untuk UMNO mempunyai barisan kepimpinan baharu yang boleh memberikan wajah dan nafas baharu serta kepimpinan berbeza berbanding sebelum ini,” katanya.

Beliau yang mengidolakan Allahyarhamah Tan Sri Aishah Ghani dan tokoh wanita Indonesia, Raden Adjeng Kartini itu sentiasa meletakkan falsafah bahawa wanita saling melengkapi kepada kaum lelaki dalam apa jua bidang lebih-lebih lagi di arena politik.

“Untuk wanita dibesarkan dalam politik kena diterima oleh lelaki, untuk seorang wanita itu naik dalam politik juga mesti diterima oleh lelaki.

“Walaupun sebagai seorang wanita, apabila menawarkan diri bermain di gelanggang pemimpin lelaki, mesti letakkan merit diri kita setanding dengan mereka.

“Malah mungkin lebih baik daripada mereka dan saya lihat trend perwakilan lelaki, mereka menilai kita dari sudut itu dan bukannya kerana kasihan maka pilih calon wanita atau tak beri (undi) sebab calon itu wanita,” katanya.

Beliau yang sentiasa opitimis dan merasakan ada peluang yang cerah bagi tujuh calon wanita yang bertanding jawatan MKT Umno untuk diterima pada pemilihan kali ini.

Tambahnya, untuk memperkuatkan perjuangan parti, Umno memerlukan idea serta pandangan daripada golongan wanita dan ditambah gerak kerja bersama-sama pemimpin wanita lain.

“Saya kira tujuh calon wanita yang menawarkan diri memiliki kekuatan dan kelebihan masing-masing yang saya kira boleh memberi kelebihan kepada Umno sekiranya mereka terpilih sebagai MKT.

“Dari 95 calon, hanya tujuh orang wanita dan kesemuanya ada keistimewaan serta kelebihan sendiri, tapi apa pun undilah saya calon no 50” ujarnya lagi.

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Pusat, bakal diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac.

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Umno Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi Umno pula diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: