Terkini

Turkish Airlines tingkatkan kekerapan penerbangan ke KL

Kuala Lumpur – Turkish Airlines akan meningkatkan kekerapan penerbangannya antara Istanbul dan Kuala Lumpur bermula pertengahan Ogos tahun ini.

Menurut Pengerusi Lembaga dan Jawatankuasa Eksekutifnya, Profesor Dr. Ahmet Bolat, kekerapan perjalanan akan ditingkatkan sebanyak 14 kali seminggu berbanding 10 kali seminggu sebelum ini.

Syarikat penerbangan Turkiye itu memfokuskan pasaran Asia Tenggara khususnya Malaysia, sempena ulang tahun ke-10 operasinya di Kuala Lumpur tahun ini.
“Ia juga merupakan pintu masuk untuk rakyat Malaysia ke Eropah dan Asia, Afrika dan Amerika Syarikat. Kami terbang melalui bandar di Amerika Syarikat.

Kami satu-satunya yang ke Amerika Selatan. Jadi, kami mempunyai sambungan yang sangat baik, pesawat yang sangat baik, pesawat teknologi moden dan menghubungkan orang ramai,” kata Dr. Ahmet pada Majlis “Connect with Turkiye”, di ibu negara.

Jelasnya, 51 juta pengunjung melawat Turkiye tahun lepas, termasuk 88,000 rakyat Malaysia.

Beliau berharap melalui pertambahan perjalanan itu, angka itu dapat ditingkatkan kepada 200 pelancong dari Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: