Kuala Lumpur – Kempen tahunan kedai barang kemas terkemuka HABIB Jewels Sdn Bhd (HABIB), Rantaian Kasih yang dilancarkan sempena Aidilfitri bermulai 23 Mac sehingga 21 April ini difokuskan kepada ketulusan dan keikhlasan dalam hubungan silaturahim antara saudara-mara, sahabat dan masyarakat.

Selama 61 tahun, HABIB menghasilkan barangan kemas berkualiti tinggi dan hubungan HABIB dengan pelanggan juga berpaksi pada ketulusan dan keikhlasan. Hubungan erat ini dan kefahaman mengenai cita rasa dan kegemaran pelanggan menjadi inspirasi dalam menghasilkan koleksi barangan kemas yang menawan tahun demi tahun.

Dalam kempen yang sama, HABIB turut melancarkan barangan kemas terkini dan Koleksi Warisan yang direka khas oleh pereka barang kemasnya dijangka menjadi tumpuan. Koleksi yang menawan ini hasil inspirasi elemen warisan Malaysia iaitu daripada seni reka tradisi Melayu, seni tekat yang pada asalnya dikaitkan dengan persalinan Diraja, perhiasan dan upacara pertabalan.

Kempen yang berkonsepkan ikatan kekeluargaan ini disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Datuk Seri Meer Habib di hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.
Majlis pelancaran Rantaian Kasih ini menampilkan Koleksi Hari Raya Habib yang terbaharu serta penampilan wajah baharu, selebriti Sharifah Rose. Turut ditambah, wajah istimewa ibunya sebagai menyerikan serta melengkapkan gandingan beliau.

Meer berkata, “Bulan Ramadan merupakan bulan yang sangat istimewa. Ibu, kakak, adik, mertua dan seluruh isi keluarga akan membeli-belah bersama.
“Ia suasana yang sangat menyeronokkan dan dari sinilah tema Rantaian Kasih dikekalkan. Apabila mereka memilih Habib, mereka telah meletakkan kepercayaan terhadap jenama kami.
“Pelanggan kini lebih berpengetahuan mengenai barangan kemas. Ia mendorong kami untuk menghasilkan barangan yang berkualiti dengan rekaan yang moden dan kontemporari,” ucapnya.

Tambahnya, pemilihan reka corak seni tekat adalah bagi mengangkat warisan dan budaya masyarakat Melayu agar tidak hilang ditelan zaman sekaligus memperkenalkan kepada orang luar tentang indahnya seni warisan dan budaya orang kita.
Sempena Raya tahun ini juga, Habib menambahkan lagi kemeriahan sambutan dengan penampilan warna-warna yang cukup sinonim dengan warisan seni tekat.
Melalui kempen ini, Koleksi Hari Raya Habib dipersembahkan secara eksklusif dengan busana elegan dan mewah oleh pereka fesyen terkenal, Syomirizwa Gupta bagi melengkapkan lagi rekaan barangan kemas untuk tahun ini.

Selain bersalam-salaman di pagi Syawal, pemberian duit raya merupakan perkara yang paling dinanti-nantikan oleh segenap golongan usia. Sehubungan itu, Habib mempersembahkan koleksi Syiling Wafer Emas 999 edisi terhad dengan rekaan seni tekat melalui motif yang diilhamkan dari alam semulajadi dan tumbuh-tumbuhan tempatan.
Antara lima rekaan tersebut terdiri dari Bunga Cengkih, Bunga Kekwa, Bunga Padi, Bunga Raya dan Awan Larat. Kesemua rekaan ini turut dilengkapi sampul indah yang turut menampilkan seni tekat timbul.

Koleksi Oro Italia 916 yang terbaru pula ditampilkan dengan rekaan terkini dalam emas 22 karat seperti emas kuning, emas mawar dan emas putih yang pastinya menjadi kegemaran peminat koleksi ini. Koleksi ini adalah koleksi utama HABIB dengan pengaruh rekaan Eropah dan nilai emas yang tinggi digubah khas buat HABIB di Itali.
Bagi kaum lelaki, turut dipersembahkan rekaan butang baju melayu dalam pelbagai rekaan dan dipadankan dengan cincin perak paladium. Bagi kanak-kanak, seleksi emas 916 bermotifkan flora dan fauna menyerikan lagi Aidilfitri tahun ini.